Connect with:




Setiap kali tibanya Piala Dunia, pengeluar barangan bolasepak tidak ketinggalan untuk memperkenalkan edisi istimewa mereka bersempena dengan temasya empat tahun sekali itu.

PUMA juga tidak terkecuali. Memperkenalkan Pek Illuminati, edisi terbaharu dari PUMA buat dua model terhangat mereka – PUMA Future dan PUMA One. Kedua-dua model ini didatangkan dengan warna baharu iaitu turqoise serta grafik lebih bertenaga – mencerminkan permainan bolasepak genius di atas padang.

FUTURE 2.1

FUTURE 2.1 membawa grafik membran halus, melambangkan minda pemain yang kreatif dalam mencipta permainan menerusi naluri dan bakat sementara ONE didatangkan dengan grafik geometri analitik, membawa maksud minda pemain yang boleh membaca permainan serta kesempurnaan dalam bertahan.

FUTURE merupakan kasut bola ‘customizable fit’ pertama yang dicipta. Teknologi NETFIT membolehkan pemain menyuaikan kasut mengikut kehendak sendiri dimana tali kasut tidak hanya terhad kepada lubang tali seperti kasut konvensional lain.

Bagi meningkatkan lagi konsep sebegin untuk FUTURE, PUMA telah mendekatkan lagi lubang renda dan diterapkan ke atas kawasan yang lebih besar. Di bawah jaringan tali ini, satu lapisan kulit TPU diletakkan sekaligus menghasilkan sinaran menarik serta menambah cengkaman dan sentuhan kasut.

Bahagian luar kasut pula mengekalkan konsep RAPIDAGILITY ayng direka bagi menghasilkan kestabilan terbaik buat pemain. Ia juga membantu pemain untuk mengubah kelajuan serta membolehkan pemakainya bertindak balas dengan cepat dan tangkas.

PUMA ONE

PUMA menghasilkan PUMA ONE untuk meningkatkan aspek permainan setiap pemain dari segi sentuhan, sepakan dan kelajuan.

Memperkatakan tentang PUMA ONE, pastinya tidak lari dengan tiga elemen utama yang diterapkan dalam kasut ini iaitu FEEL, FIT dan FAST.

Sentuhan sempurna adalah atribut utama yang diingikan setiap pemain. Bagi memenuhi hasrat pemain, PUMA memasukkan titik-titik 3D yang terletak di bawah kulit kasut (digelar K-Leather) bagi meningkatkan lagi FEEL keseluruhan dan cengkaman pada bola.

PUMA juga membawa FIT ke tahap baharu pada kasut ini dimana gabungan teknologi FUSEFIT dengan sokongan stokin evoKNIT bagi menghasilkan keselesaan, kekunci dan ketangkasan keseluruhan yang lebih baik.

Begitu juga dengan FAST. PUMA mengemaskini bahagian luaran RAPIDSPRINT sekaligus mengurangkan berat keseluruhan kasut dan seterusnya meningkatkan kelajuan tinggi.

Konfigurasi stud baru kini digabungkan dengan bahagian tumit luaran, memberikan kestabilan dan membantu pemain memusing dengan cepat. Pemain sudah tentu lebih tangkas dengan PUMA ONE.

‘Illuminate Pack’ akan disarungkan oleh bintang PUMA di temasya terbesar bolasepak dunia musim panas ini. Pemain-pemain ini termasuk,Antoine Griezmann (Perancis – FUTURE), Sergio Agüero (Argentina – PUMA ONE), Olivier Giroud (Perancis – PUMA ONE), Marco Reus (Jerman – FUTURE), Nacho Monreal (Sepanyol – PUMA ONE), Diego Godin (Uruguay – PUMA ONE), Giovani Lo Celso (Argentina – FUTURE), Rui Patricio (Portugal – PUMA ONE), Jonathan dos Santos (Mexico – PUMA ONE), Stephan Lichtsteiner (Siwtzerland – PUMA ONE) dan Makoto Hasebe (JEPUN – PUMA ONE).

PUMA ONE boleh didapatkan di butik-butik PUMA seluruh Malaysia dengan harga RM 829. PUMA FUTURE bagaimanapun tidak dipasarkan di butik Puma Store Malaysia namun anda masih boleh membelinya menerusi pembelian secara online di laman web PUMA atau kedai-kedai sukan (retailer) dengan harga yang sama (RM 829).

NAK MENANG SALAH SATU DARI KASUT INI?

Dunia Sukan akan mengadakan giveaway istimewa Hari Raya pada 6 Jun ini (Rabu) pada pukul 12 tengahari secara live di youtube Dunia Sukan.

Anda hanya perlu menjawab soalan mudah yang akan diberikan oleh hos kami. Klu untuk jawapan boleh didapatkan di video di bawah.

Kemudian, berikan slogan terbaik di ruangan komen youtube itu nanti. Tema sogan akan diberikan pada hari tersebut.

Sama ada kami akan beri PUMA ONE atau PUMA FUTURE juga bergantung kepada anda. Vote salah satu kasut ini untuk dijadikan pilihan untuk giveaway.

Selain kasut bola, kami ada banyakkkkkkkkk lagi hadiah untuk giveaway nanti. Jadi, tunggu 6 Jun nanti.