Connect with:




Jenama sukan terkenal, PUMA minggu ini mengukuhkan tempat mereka dalam industri bolasepak dengan melancarkanedisi istimewa ‘Attack Pack’ untuk model Puma ONE dan Puma Future.

‘Attack Pack’ direka khas untuk para pemain menyerang bagi membantu mereka menunjukkan naluri serangan ke atas pasukan lawan.

Edisi terhad ini menampilkan rekaan moden penyamaran ‘digi-camo’ di bahagian luar. Edisi ‘Arrack Pack’ ini dipakai oleh penyerang-penyerang berbisa seperti Antoine Griezmann, Luis Suárez, Romelu Lukaku, Marco Reus dan Sergio Agüero untuk satu perlawanan sahaja.

‘Attack Pack’ kini boleh didapati secara eksklusif di butik utama Al-Ikhsan seluruh negara dengan harga pasaran iaitu RM 829.