Jika anda penggemar kasut bola evoSpeed dan evoTouch keluaran Puma, anda mungkin perlu menyimpannya sebagai koleksi ‘rare’ selepas ini.

Ini kerana Puma tidak akan lagi mengeluarkan dua model tersebut. Bagaimanapun, kedua-dua kasut tersebut akan digantikan dengan model baharu yang lebih mantap iaitu Puma ONE.

Pada Jumaat lalu, Puma Malaysia memperkenalkan Puma ONE kepada media di Lot 10, Kuala Lumpur sambil turut dihadiri beberapa pemain bolasepak tempatan seperti Syahmi Safari, Khairul Anwar Zamri dan Danish Haziq.

Turut serta adalah beberapa selebriti tempatan seperti Black, Luqman Hafiz, Lim Jian Wen dan Ezrin Loy.

Bagi Danish, model terbaharu dari Puma ini ternyata memberi kelainan kepada dirinya untuk beraksi di atas padang.

“Keselesaan adalah perkara paling utama bagi saya jika memilih kasut dan Puma ONE sangat menepati kehendak yang saya inginkan.

“Bahagian kulit depan dan tapaknya cukup berbeza, memberi saya lebih kepantasan ketika beraksi” kata bekas ketua pasukan bawah 19 kebangsaan ini.80

Puma ONE boleh didapatkan di butik-butik seluruh Malaysia dengan harga RM 879. Sebagai promosi, setiap pembelian kasut ini akan mendapat sehelai jaket dan satu bag kasut secara percuma.

Puma Malaysia turut akan mempromosikan kasut ini ke seluruh negara menerusi cabaran Perfect ONE yang menawaran hadiah menarik kepada pemenang. Cabaran ini diadakan mengikut peringkat di empat lokasi utama iaitu Lot10 (7-9 Julai), Komtar JBCC (14-17 Julai), Queensbay Mall (21-23 Julai) dan Sunway Pyramid (28-30 Julai).