MINI by PUMA dengan elemen British

 

PUMA mengukuhkan lagi jenama mereka dalam industri fesyen dengan melancarkan produk “MINI by Puma” yang diinspirasikan dari jenama kereta mini mewah terkenal dunia; Mini Cooper.

Puma sebelum ini pernah bekerjasama dengan Mercedes, Ferrari dan Ducati dalam menghasilkan produk mereka.

Bertempat di Stadium, Pavillion Kuala Lumpur, pelancaran produk tersebut mengetengahkan elemen-elemen British disamping penggunaan kualiti tinggi dalam setiap barangan tersebut.

Pengurus Besar PUMA Malaysia/Singapura, Sheryl Wong (dua dari kiri) bersama wakil kelab kereta MINI, wakil BMW dan wakil RSH Malaysia. FOTO : MOHD REDZUAN / DS

 

“Kami di PUMA telah menemui rakan yang ideal iaitu MINI untuk berkongsi minat kami dalam melahirkan produk yang bergaya, urban, dan terkenal dimana ianya amat bersesuaian kepada golongan-golongan muda” ujar Pengurus Besar Puma Malaysia, Sheryl Wong.

Antara barangan “MINI by Puma” yang dihasilkan  adalah t-shirt, aksesori seperti beg dan kasut serta jaket. Koleksi ini sudah mula berada dipasaran  di RSH Stores manakala akan dijual dibeberapa kedai PUMA pada bulan hadapan.

Majlis pelancaran koleksi ini turut dimeriahkan dengan kehadiran pemilik-pemilik kereta mewah Mini yang hadir untuk memberi sokongan terhadapa pelancaran produk terbaru PUMA ini.