Puma NETFIT mengubah rupa ikatan (lacing) kasut dimana pemakai sendiri boleh menentukan cara ikatan yang diingini.

Setiap ikatan juga mempunyai fungsi tersendiri. Dari aktiviti di atas trek, gimnasium atau untuk kasual, pengguna dapat menentukan sendiri kegunaan kasut mereka berdasarkan cara ikatan.

Menerusi teknologi ini, PUMA memperkenalkan 5 jenis ikatan. Standard lacing, stability, wide foot, narrow foot dan heel support. Bagaimanapun pengguna juga boleh mengikat tali mengikut citarasa mereka sendiri.

PUMA NETFIT dilancarkan di Malaysia pada Isnin di Kuala Lumpur dengan kehadiran artis dan juga atlet tempatan antaranya penyanyi Sean Khor, Aman Ra dan atlet-atlet olahraga negara seperti pemegang rekod 100m kebangsaan; Khairul Hafiz Jantan, Badrul Hisyam Abdul Manap dan Quek Lee Yong.

Dalam acara semalam, PUMA MAlaysia membawakan tiga variasi Netfit iaitu Tsugi Netfit, Ignite Limitless Netfit dan Ignite Netfit.

Tsugi Netfit

Ignite Limitless Netfit

Ignite Netfit

Bagi Khairul Hafiz, dia mengakui kasut baharu dari PUMA ini membantu dirinya dalam meningkatkan prestasi lariannya.

“Sudah setahun saya bersama PUMA dan saya tidak nafikan produk dari PUMA telah membantu saya dalam sesi latihan dan juga ketika dalam perlumbaan sebenar. Ignite Nefit contohnya sangat selesa dan memberi cengkaman yang penuh untuk memastikan saya tidak mudah jatuh.

“Malah, idola saya iaitu Usain Bolt turut menggunakan kasut yang sama. Ini membuktikan betapa UMA berjaya menghasilkan kasut yang berkualiti” tambahnya lagi.

Khairul Hafiz kini memberi fokus pada Kejohanan Trek dan Padang Asia (ATF) di Bhubaneswar, India, bermula 6 hingga 9 Julai ini.

Kesemua produk netfit Puma ini dijual dengan harga masing-masing RM 499 untuk Tsugi Netfit, RM 599 untuk Ignite Limitless Netfit dan RM 699 untuk Ignite Netfit.

 

FOTO: BERNAMA