180px-Penang_FA_svg

Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP) meletakkan sasaran untuk mendapat tempat pertama dalam Liga FAM bagi membolehkan pasukan itu layak ke Liga Perdana.

Presiden FAP Mohd Foaz Hamid berkata sasaran itu realistik kerana skuad
negeri berkenaan bakal dibarisi oleh ramai pemain muda pada saingan musim ini.

Selain itu, katanya pasukan tersebut juga telah mempersiapkan diri dengan
mengadakan perlawanan persahabatan dengan Perlis, Kelantan dan Perak serta
menentang kelab dari Hong Kong esok.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran jersi pasukan negeri dan
memperkenalkan 24 pemain. Skuad itu dibimbing oleh Merzagua Abderrazak.

Mohd Foaz berkata seramai lapan pemain daripada pasukan Universiti Sains
Malaysia (USM) FC telah diserap ke dalam skuad Pulau Pinang pada musim ini.

Terdahulu, pada majlis itu, beliau menyampaikan sumbangan sebanyak
RM15,000 kepada wakil Aman Palestin. – BERNAMA