Connect with:




 

Kelab Puchong Fuerza FC idam untuk memenangi Selangor Champion League 2018 yang akan diadakan bulan 9 nanti sekali gus layak untuk bermain dalam saingan Piala FA 2019 musim hadapan.

Presiden Kelab Bola Sepak Puchong Fuerza, Azrul Izwan Abdul Rahim tetap optimis dengan sasaran yang di tetapkan kerana beliau yakin dengan pemain yang sedia ada sekarang ini.

Presiden Puchong Fuerza (Kanan) dan jurulatih mereka (kiri)

“Tahun ini kita dapat sentuhan dari seorang jurulatih yang berpengalaman dalam bola sepak dan juga merupakan bekas pemain Malaysia dan Selangor iaitu Nazrul Erwan Makmur. Saya yakin dengan pengalaman ini, beliau boleh memberi sesuatu yang terbaik untuk pasukan kita nanti,” ujarnya.

Puchong Fuerza kini sedang bersaing dalam Liga Komuniti Puchong 2018 yang kini baru memasuki perlawanan keenam peringkat kumpulan selain pasukan bawah 25 tahun mereka juga bersaing dalam Liga Komuniti ISMA 2018.

Untuk rekod, Puchong mempunyai beberapa pencapaian yang mengagumkan seperti Juara Liga Komuniti Puchong 2017, Juara Piala F.A Liga Komuniti Puchong 2017, dan Juara Piala Sumbangsih Liga Komuniti 2018.

“Saya berharap dengan pencapaian ini, kita mampu menarik minat syarikat koprat yang besar untuk tampil menjadi sponsor kepada pasukan ini supaya kita dapat melahirkan pemain yang lebih baik pada masa akan datang,” kata Azrul.