Connect with:




Asus Republic of Gamers (ROG) menjalinkan kerjasama dengan MinesKi Events Team (MET) untuk mengadakan pertandingan PUBG Southeast Asia Championship 2018.

PlayerUnknown’sBattlegrounds atau PUBG merupakan permainan video yang semakin mendapat perhatian di seluruh dunia. Setiap pasukan atau skuad mempunyai empat orang ahli yang perlu ‘survive’ dan perlu membunuh pasukan lain untuk menang.

Bagi MET, kejohanan PUBG ini membuktikan bahawa mereka adalah penganjur e-sport utama di Asia.

Kejohanan tersebut akan berjalan secara serentak di lima buah tempat dengan melibatkan enam negara untuk layak ke peringkat akhir peringkat serantau (SEA).

Pasukan terbaik dari setiap negara bakal bertanding sesama mereka di Thailand pada 23-24 Jun untuk dimahkotakan sebagai skuad SEA terbaik.

Foto Kredit : MinesKi Events Team