Connect with:




Permainan video Playerunknown’s Battlegrounds Mobile (PUBG Mobile) yang semakin mendapat sambutan dalam kalangan belia kini semakin panas apabila lima pasukan akan mewakili Malaysia di Separuh Akhir Kejohanan PUBG Mobile Club Open (PMCO) SEA di Shanghai, China bermula 8 Mei hingga 11 Jun.

Lima pasukan negara yang beraksi dalam kejohanan yang berlangsung selama lima minggu itu adalah VIP Squad, Junior Talent, Yoodo Gank, AROV Esports dan Secret Genexsus akan bertanding dengan negara lain sebelum ke pusingan akhir pada Jun nanti.

Kejohanan tersebut akan melibatkan beberapa negara Asia Tenggara iaitu Malaysia, Thailand, Indonesia dan Vietnam akan menguji kehebatan masing-masing untuk merebut hadiah wang tunai terkumpul RM681,000.

Oleh itu, mari kita mengetahui serba sedikit info mengenai wakil-wakil Malaysia ini.

  1. Secret Genexsus

Pasukan Secret Genexsus

Secret Genexsus merupakan juara Kejohanan PUBG Mobile Club Open Malaysia Finals adalah merupakan pasukan pilihan utama kali ini. Sebelum ini pasukan ini hanya dikenali dengan Genexsus tetapi baru-baru ini mereka mendapat tawaran daripada organisasi e-sukan gergasi Eropah, Team Secret. Apabila Team Secret menerjah pasaran Asia Tenggara dengan melamar juara PUBG Mobile peringkat Malaysia iaitu Team Genexsus.

Mengikut rekod, Team Secret kini mempunyai enam pasukan iaitu Dota 2, PUBG Mobile, Fortnite, Rainbow Six, Rules of Survival dan Age of Empires II. Selain Genexsus, anak Malaysia, Yeik Nai Zheng atau MidOne sudah pun bermain di bawah Team Secret untuk lebih 3 tahun.

Secret Genexsus diwakili oleh:

  1. Secret BiuBiu
  2. Secret SinB
  3. Secret Alex
  4. Secret Stewart9k

 

  1. Victorious In Play (VIP Squad)

Pasukan VIP Squads

Vip Squad yang mendapat tempat kedua dalam Kejohanan PUBG Mobile Club Open Malaysia Finals sebelum ini juga merupakan salah satu harapan Malaysia. Sudah pasti VIP bakal memberikan aksi yang terbaik selama lima minggu ketika berada Shanghai.

Bagi peminat-peminat VIP Squad, anda boleh kemaskini mengenai pasukan ini di dalam lama Facebook mereka ViP Squad – Victorious In Play.

Salah seorang ahli mereka, Yakuza XGaming merupakan penstriman video PUBG di Facebook yang popular sehingga mempunyai capaian penonton yang tinggi di laman Facebook miliknya. Maka tidak hairanlah peminat sentiasa menantikan Yakuza untuk memulakan penstriman PUBG.

VIP Squad diwakili oleh:

  1. Muhammad Afiq Abdul Aziz (VipYakuza)
  2. Mohammad Syafiq Mohd Sabri (VipApicks)
  3. Ahmad Zamir Mohamad Azme (VipBenV)
  4. Ahmad Danial Haiqal Abdul Rahman (VipHyqul)
  5. Muhamad Izzrudin Hashim (VipJumper)

 

  1. Junior Talent

Paukan Junior Talent

Junior Talent bukan pasukan yang boleh dipadang remeh walaupun mereka pasukan yang baru. Junior Talent merupakan satu-satunya pasukan yang mempunyai pemain wanita dan mereka mempunyai bakat yang luar biasa dan berpotensi menjadi pasukan pilihan.

Ketika Kejohanan PUBG Mobile Club Open Malaysia Finals mereka mendapat tempat ketiga dan berjaya menang Winner Winner Chicken Dinner sebanyak dua kali. Bukan calang-calang pasukan ini. Mereka ditaja oleh The Gaming Co.

Menarik untuk kita saksikan sepanjang berlangsungnya kejohanan itu nanti dan bagaimana Missfar yang merupakan satu-satunya gadis dalam kumpulan ini beraksi dalam kejohanan yang didominasi oleh golongan lelaki.

Junior Talent diwakili oleh:

  1. Norfarah Shahira Mohd Nizam (Missfarr)
  2. Mohamad Nazeri Shahrin Affan (Trixnity)
  3. Muhammad Fikri Adli MD Nizam (Ngah)
  4. Izzat Abdul Aziz (Erynn)

 

  1. Yoodo Gank

Pasukan Yoodo Gank

Yoodo Gank merupakan Juara PUBG Mobile National Championship musim pertama akan membuktikan bakat mereka ketika kejohanan itu berlansung nanti. Dalam Kejohanan PUBG Mobile Club Open Malaysia Finals mereka berjaya mendapat tempat keempat.

Sudah pasti cabaran bakal dihadapi mereka di sana lebih-lebih lagi berpuasa di negara bukan Islam. Dengan mendapat sokongan daripada peminat mereka akan menguatkan lagi semangat mereka untuk berjaya.

Yoodo Gank diwakili oleh:

  1. Aiman Amirul Mohd Sahid (ManParang)
  2. Muhammad Hazim Abd Hamid (Jimboy)
  3. Abdul Azim Ikromi Abdul Rashid (Draxx)
  4. Mohamad Hafizi Baharudin (Geek)

 

  1. AROV Esports

Pasukan AROV Esports

Tempat kelima Kejohanan PUBG Mobile Club Open Malaysia Finals berjaya melayakkan mereka sebagai pasukan lima terbaik untuk mewakili negara ke Shanghai kali ini. AROV Esports pasti akan membuktikan bahawa mereka akan melakukan dengan terbaik di kejohanan ini nanti.

AROV Esports diwakili oleh:

  1. Muhammad Nurirfan Mohamad (AROVxRedeagleX)
  2. Muhammad Mukhriz Lutfi Fariq Adlan (AROVxIronPro)
  3. Alexis Aw Chee Loong (AROVx小Boy)
  4. Khairunnazri Masli (AROVxBoyka)
  5. Dwi Agus Rian Supardi (AROVxAgusRianz)

 

Semoga berjaya buat kelima-lima pasukan yang mewakili negara dan lakukan yang terbaik. Selamat berpuasa di negara orang.