Connect with:




Kematian Haringga Sirila penyokong kelab bola sepak Indonesia sememangnya memberi kesan yang mendalam buat seluruh warga Indonesia. Ekoran itu, Persatuan Bola Sepak Indonesia (PSSI) membuat keputusan bahawa perlawanan Liga 1 2018 akan dihentikan buat sementara waktu.

Menurut pengerusi PSSI, Edy Rahmayadi menegaskan keputusan itu diambil sebagai salah satu pengajaran buat penyokong yang tidak mengamalkan sikap yang biak selain mengenang insiden kematian tersebut.

“ PSSI akan menghentikan Liga 1 di 18 buah kelab hingga waktu yang belum ditetapkan.

“Kami juga akan melaporkan perkara ini kepada pihak AFC dan FIFA,” katanya pada sidang media semalam.

Berikut merupakan kronologi yang dilakukan PSSI selepas menghentikan Liga 1 Indonesia:-

1- Jawatankuasa disiplin PSSI akan melakukan siasatan berkaitan kematian seorang penyokong Persija Jakarta yang cedera teruk dibelasah penyokong Persib Bandung di luar stadium.

2- PSSI akan segera merangka perancangan dengan lebih jelas bagi menghindarkan perkara sebegini berlaku lagi.

3- Mereka akan berhubung  dengan pihak AFC dan FIFA untuk berbincang tentang insiden bekenaan.

4- PSSI turut berbincang dengan pihak yang berkaitan seperti Badan Olahraga Professional Indonesia (BOPI) dan Kemenpora (Kementerian Belia dan Sukan).

5- Sesi perjumpaan bersama kelab dan penyokong juga akan dilakukan.

6- Langkah kesedaran bakal diambil PSSI bagi merumus cara untuk menangani keganasan dalam boloa sepak Indonesia.