Connect with:




Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) telah menyingkirkan dua tekong negara, Mohd Syahir Rosdi dan Muhammad Zulkifli Abd Razak .

Semalam, menerusi akaun media sosial, Syahir yang berjaya membantu Malaysia memenangi pingat emas Sukan Asia tahun lalu telah berkongsi surat dari PSM mengenai penyingkirannya.

Menurut surat berkenaan, dia digugurkan sebagai atlet negara dan dikeluarkan dari skuad sepak takraw kebangsaan serta digantung sementara daripada melibatkan diri dalam sebarang aktiviti sukan berkenaan.

Laporan dari Harian Metro menyebut PSM membuat keputusan drastik tersebut ekoran masalah disiplin kedua-dua pemain.

Penyingkiran kedua-dua pemain ini pastinya memberi kesan kepada skuad kebangsaan yang dalam persiapan menghadapi Sukan SEA di Manila, November nanti.