Connect with:




David De Gea dijangka bakal berhijrah ke Paris Saint-Germain selepas kontraknya bersama Manchester United tamat pada musim panas ini.

Dia yang bakal memecah rekod sebagai penjaga gol termahal dunia itu akan menerima habuan sebanyak 15.5 juta pound (RM83.3 juta) setahun daripada kelab gergasi Perancis itu yang dikatakan mengikatnya untuk tempoh empat tahun.

Menurut jurucakap media tempatan, PSG kini antara kelab berpotensi menandatangani persetujuan awal dengan De Gea menjelang Januari nanti.

Sebelum ini, dia yang juga merupakan salah seorang penjaga gol terbaik dunia itu kecewa apabila impiannya untuk ke Real Madrid pada jendela perpindahan 2015 tertutup selepas Real mengumumkan Thibaut Courtois menyertai juara bertahan Liga Juara-Juara itu dari Chelsea musim panas lalu.

Dalam perkembangan lain, United kini sudah mula mengintai beberapa penjaga gol termasuk calon utama England Jordan Pickford yang boleh menggantikan tempat De Gea pada musim depan.

Foto: David De Gea