Connect with:




Pemain tengah Manchester United, Paul Pogba membayangkan peluang  untuk bermain bersama Paris Saint-Germain adalah suatu keseronokan bermain di atas padang apabila dia bermain disamping pemain termahal dunia, Neymar dalam satu temu bual dengan saluran sukan Argentina pada Selasa.

“Neymar adalah definisi kegembiraan di padang,” kata pemain antarabangsa Perancis itu kepada TyC Sports dari Argentina.

“Apabila saya melihatnya di padang, dia suka bermain, dengan tekniknya, keupayaannya dan macam-macam lagi.

“Saya suka menontonnya bermain. Dia adalah seorang pemain yang berbeza dari pemain lain. Dia mempunyai gaya permainan tersendiri. Jika suatu hari saya akan bermain dengannya, ini adalah suatu penghormatan untuk saya.”

Dalam pada itu, dia membalas balik pujian selepas Neymar memberitahu bahawa dia mengagumi gaya permainan Pogba dan ingin bermain bersama dia pada tahun 2016.

Pogba, yang tiba di United pada 2016 dengan yuran perpindahan termahal di dunia ketika itu, kini tampak mula disisihkan oleh Jose Mourinho. Perkara ini mula menimbulkan tanda tanya mengenai masa depannya di Old Trafford.

Jurulatih Perancis, Didier Deschamps berkata, “Pogba tidak gembira dengan situasi semasa” di Old Trafford selepas pemain berusia 25 tahun itu menyertai skuad kebangsaan Perancis untuk perlawanan persahabatan Jumaat ini menentang Colombia. – Argentina Sports Channel

Foto Kredit: Goal(dot)com