Pendahulu Kejohanan Rali British, Tom Cave memandu dengan cemerlang dalam penampilan sulung beliau sebagai factory driver untuk PROTON dengan mencatatkan masa terpantas untuk 11 peringkat dari 13 peringkat yang diadakan serta memenangi perlumbaan  dengan jurang lebih 10 minit.

Memandu Satria Neo S2000, Cave memberikan persembahan bertenaga untuk PROTON yang kembali ke Rali Thailand selepas bertahun-tahun tidak menyertainya, mengatasi Brian Green dan Fleur Pedersen dari Brian Green Motorsports serta Ruegchan Wittaya dan Pramote Somjarassuwan dari Thai Beer / Regional Rally Team.

Cave menyertai perlumbaan ini buat kali pertama dan juga pertama di Timur Jauh.

“Ia tidak mungkin berakhir dengan baik setelah mempertimbangkan banyak perkara- ini adalah perlumbaan pertama saya untuk PROTON Motorsports, lawatan pertama saya ke Thailand dan juga kali pertama memandu Satria Neo S2000,” kata Cave yang teruja.