PROTON berjaya memperolehi kedudukan penamat di lima teratas dalam klasifikasi keseluruhan dan meraih kemenangan dalam kategori 2-wheel drive di Rali Antarabangsa Queensland 2012. 

Juara bertahan Kejohanan Rali Asia Pasifik (APRC), Alister McRae menduduki tempat kedua dalam  rali dua hari tersebut dengan rakan sepasukan PG Andersson mendapat tempat keempat, manakala dalam kelas 2WD, Akira Bamba dari PROTON turut mempamerkan pemanduan cemerlang.

Pemandu Skoda, Chris Atkinson memenangi rali tersebut sementara di tempat ketiga adalah pemandu veteran, Brian Green.