Connect with:




Figos Malaysia memperkenalkan produk futsal premium terbaharu iaitu Royal Van Figos Pro MVP 6 yang datang dengan rekaan mantap juga menarik dan terdapat dalam 2 pilihan warna iaitu perak dan hitam.

Reka bentuk kali ini direka khas untuk gaya unggul dan keselesaan pemain-pemain futsal professional mahupun amatur. Terdapat beberapa teknologi baharu yang ditekankan untuk model MVP keluaran ke-6 kali ini bagi meningkatkan prestasi ketika berada diatas gelanggang.

Kulit Supermicro-fiber

kulit microfiber

Supermicro-fiber merupakan lapisan luar kasut yang menjadi ‘kulit’ untuk melindungi kaki anda ketika bermain. Teknologi baharu yang diperkenalkan ini lebih lembut daripada lapisan PCV dan lebih ringan. Ia datang dalam dua pilihan warna iaitu perak dan hitam. Bahagian lidah hadapan kasut ini juga datang dalam satu bahagian ataupun one-piece untuk lebih memudahkan proses penyarungan.

Tapak kasut getah asli

Tapak 100% getah

Tapak kasut untuk model kali ini pula lebih lembut memandangkan ianya merupakan pure rubber dan lebih fleksibel mengikut ketetapan lekukan kaki anda untuk memberikan keselesaan yang lebih. Selain itu, warna  tapak ini juga mengikut standard piawaian warna bagi kejohanan antarabangsa.

Bahagian dalam tapak hexafoam

alas kaki lembut hexafoam

Hexafoam dibahagian dalam kasut akan memberi lebih cengkaman kepada kaki anda ketika menyarungnya dan akan meningkatkan kestabilan anda ketika melakukan pendaratan. Lapisan ini seolah-olah span yang lembut melitupi kaki anda.

Tali kasut cotton-coated

tali kasut teknologi baharu

Masalah yang seringkali dihadapi oleh pemain ketika beraksi ialah tali kasut yang sering terkeluar sedang perlawanan berlangsung. Namun dengan teknologi baharu cotton-coated lace ini, tali kasut akan lebih terikat rapi tanpa masalah bagi para pemain. Tali kasut kali ini lebih kasar dan mudah diikat bagi menjimatkan masa pemain.

Selain itu, koleksi kali ini juga terdapat dalam 2 versi iaitu Tournament 1st Grade dan juga Tournament 2nd Grade. Bagi tournament 2nd grade, kasut ini mempunyai 4 versi warna iaitu hitam, perak, champagne dan biru.

Untuk maklumat lanjut dan cara untuk mendapatkannya, anda boleh layari laman web di www.figos.my  atau laman media sosial Facebook dan Instagram @figossportswear.