Connect with:




Empat pasukan telahpun mengesahkan tempat ke suku akhir dan hari ini 2 lagi pasukan bakal turut serta bersama pasukan Russia, Croatia, Perancis dan Uruguay di pusingan seterusnya .

Perlawanan pertama ialah di antara Mexico dan Brazil, dua jaguh dari benua Amerika yang bakal membuat perhitungan di Samara Arena hari ini. Neymar dijangka sekali lagi menjadi perhatian pertahanan Mexico selain barisan hadapan Brazil seperti Phillipe Countinho dan juga Gabriel Jesus. The Canaries juga mempunyai barisan tengah yang ampuh seperti Casemiro dan Paulinho, dimana gol terhasil melalui mereka ketika pertemuan menentang Serbia dalam perlawanan terakahir peringkat kumpulan.

Mexico pula dilihat sebagai lebih kepada pasukan ‘underdog’ malam ini setelah tewas 3-0 dalam perlawanan terakhir menentang Sweden. Namun, 3 penggempur utama dibarisan hadapan Carlos Vela, Chicarito dan Hirving Lozano dijangka sekali lagi bakal menjadi ‘duri dalam daging’ buat pasukan Brazil dengan serangan balas mengejut seperti perlawanan-perlawanan sebelum ini. Kecemerlangan El Tri juga setakat ini dibantu oleh kekebalan Gulhermo Ochoa yang tangkas mengawal gawang gol mereka.

Dalam satu lagi perlawanan, Belgium tidak mempunyai masalah di kem mereka dengan semua pemain sedia menggalas tugas untuk mengetepikan cabaran Jepun. Ketua pasukan, Eden Hazard berkata ini ialah masa paling sesuai untuk skuad ’emas’ Belgium merealisasikan potensi mereka ditahap tertinggi. Persembahan mereka setakat ini sangat memberangsangkan, dengan menjaringkan 9 gol dan bolos hanya 2 gol dalam 3 perlawan.

Jepun layak ke peringkat kalah mati melalui merit kad kuning setelah lawan yang mempunyai mata sama, Senegal, mengumpul lebih kad kuning dari Pasukan ‘Blue Samurai’ itu. Keisuke Honda pastinya mahu menebus kembali kehampaan pasukannya yang kali terakhir layak ke peringkat kalah mati, iaitu ketika tewas kepada Paraguay pada 2010.

Jadi, siapakah yang bakal mejadi pasukan ke-5 dan ke-6 layak ke peringkat seterusnya? Adakah Brazil akan menghadapi laluan sukar oleh Mexico? Dan Jepun bakal membuat kejutan terhadap pasukan gergasi Belgium?

Ramalan Dunia Sukan

Brazil 1-0 Mexico

Belgium 2-0 Jepun