Connect with:




Lagu ini merupakan lagu paling kerap dinyanyikan oleh penyokong-penyokong England buat masa ini. Jika anda mengikut statistik di laman media sosial sejak 2-3 minggu lepas, perkataan ‘its coming home’ merupakan perkataan paling kerap digunakan. Perkara ini jelas menggambarkan besar harapan para penyokong England untuk melihat pasukan mereka memenangi kejohanan berprestij dunia itu kali kedua sejak 1966.

Croatia layak ke separuh akhir selepas menewaskan Russia dalam penentuan sepakan penalti manakala England pula selesa menewaskan Sweden dengan jaringan 2-0 di Samara Arena. Terdahulu, Croatia juga terpaksa bermain dalam penentuan sepakan penalti untuk perlawanan pusingan kedua, bermakna mereka telah bermain selama 240 minit masa perlawanan dalam masa 6 hari.

England perlu mengambil kesempatan terhadap ‘fatigueness’ pemain-pemain Croatia ini. Tidak dinafikan bahawa diatas kertas England mempunyai pasukan yang lebih baik, namun punca utama Croatia telah sampai ke peringkat ini adalah disebabkan oleh kemantapan barisan tengah mereka yang dikendalikan oleh Luka Modric, Ivan Perisic dan Ivan Rakitic.

Jordan Henderson mungkin tidak dapat diturunkan kerana masih mengalami kecederan hamstring ketika bertemu Sweden tempoh hari dan tempat beliau dijangka diisi oleh Erik Dier. Manakala dari kem Croatia pula, Sime Versajko masih lagi 50-50 untuk diturunkan bersama hero sepakan penalti iaitu Danijel Subasic kerana mengalami kecederaan.

Kedua pasukan ini telah bertemu sebanyak 8 kali, dengan England lebih mendominasi (4 kemenangan) berbanding Croatia (2). Mereka pernah bertemu dalam kejohanan besar sebelum ini iaitu di Euro 2004 dimana England menang 4-2.

Jadi, adakah bola sepak akan benar-benar kembali ke London? atau bakal datang Zagreb atau Paris? Ramalan anda?