Connect with:




Previu Perlawanan Kumpulan D Brazil vs Costa Rica

22 Jun 2018, 8.00 PM

Brazil mungkin akan turun tanpa bintang utama mereka, Neymar yang mengalami kecederaan ketika sesi latihan dan ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi taktikal serta moral pemain yang lain.

Jika Neymar tidak diturunkan, tempat beliau pasti akan diambil alih oleh Firmino yang akan mengalas cabaran penting bersama pemain lain dalam usaha mencari kemenangan untuk mencerahkan peluang ke pusingan kalah mati.

Skuad Selecao perlu segera mengubah corak permainan ala ‘Fancy’ mereka kerana corak ini menyebabkan Brazil berasa begitu selesa hingga mengambil mudah keatas pihak lawan.

Jentera seranggan Brazil harus segera perbaiki jentera seranggan mereka dan perlu bijak memanfaatkan setiap peluang untuk menjaringkan gol.

Ini kerana, dalam perlawanan pertama mereka mempunyai banyak peluang namun gagal untuk menjaringkan gol.

Sementara di kem Costa Rica, mereka lebih tertekan kerana kekalahan dalam perlawanan pertama dan tidak mempunyai sebarang mata lagi.

Jika mereka gagal memperoleh mata dalam perlawanan ini, Costa Rica juga akan pulang awal.

Malah jika dilihat ‘Head to Head’, Costa Rica hanya pernah menang sekali dari 10 kali pertemuan antara mereka. Ini pasti akan menambahkan lagi tekanan kepada skuad The Ticos dalam usaha memburu kemenangan.

Jurulatih Costa Rica, Oscar Ramirez perlu bijak dalam mengatur taktikal dan pemilihan pemain kerana sebarang kesilapan akan menyebabkan mereka akan melupakan saingan Piala Dunia tahun ini.

Mampukah Brazil bangkit mencari kemenangan malam ini? Atau akan mengalami nasib yang sama seperti Argentina? Anda rasa pemain mana paling sesuai menggantikan Neymar?

Ramalan Dunia Sukan

Brazil 2 vs 0 Costa Rica