Connect with:




Previu Perlawanan D Iceland vs Nigeria

22 Jun 2018, 11.00 PM

Perlawanan ini dijangka menarik dan menjadi tumpuan para peminat terutama penyokong Argentina kerana ia akan menentukan nasib Argentina dalam saingan Piala Dunia 2018.

Bagi Iceland, mereka pasti ingin mencipta sejarah untuk mara lebih jauh meskipun pertama menyertainya.

Nasib Argentina kini bergantung kepada Iceland kerana jika mereka menang, Iceland hanya perlu seri perlawanan terakhir untuk layak ke pusingan seterusnya bersama Croatia dan Argentina boleh melupakan saingan kali ini meskipun mencatat kemenangan besar.

Bagi jurulatih Iceland, Heimir Hallgrimsson beliau sudah pasti sedar ini merupakan detik terbaik untuk mereka membuktikan bahawa pasukan kerdil seperti mereka juga mampu berjaya bersaing bersama dengan pasukan terbaik dunia yang lain.

Penjaga gol Ieland, Hannes Thor Halddorsson yang beraksi cemerlang ketika menentang Argentina sekali lagi menjadi taruhan skuad Our Boy bagi memastikan gawang mereka terus terselamat dari dibolosi.

Manakala bagi Nigeria, tiada pilihan lain selain kemenangan yang akan menghidupkan peluang mereka untuk layak ke pusingan seterusnya.

Nigeria dibarisi oleh beberapa pemain terbaik seperti Alex Iwobi, Ihenacho, John Obi Mikel dan beberapa pemain yang lain yang sepatutnya mampu mencatat kemenangan berbanding lawan mereka.

Meskipun jersi Nigeria mendapat sambutan hangat namun ia masih belum cukup untuk membantu mereka tampil sehebat jersi mereka ketika aksi perlawanan pembukaan peringkat kumpulan.

Mampukah Iceland mencipta sejarah tersendiri? Atau Nigeria akan memberi talian hayat kepada Argentina?

Ramalan Dunia Sukan

Iceland 1-0 Nigeria