Harimau Malaya bakal bertandang ke gelanggang berkecuali untuk Kelayakan Piala Asia 2019  di Buriram, Thailand hari ini dalam perlawanan yang menentukan hidup mati untuk melayakkan pasukan ke pusingan seterusnya Piala Asia 2019 di UAE nanti.

 

Perlawanan yang dijadualkan bermula lebih awal terpaksa ditunda akibat kekangan politik di negara Korea Utara dan akhirnya diputuskan oleh Kesatuan Bolasepak Asia (AFC) supaya diadakan di negara yang berkecuali iaitu Thailand.

 

Akhirnya kita akan menyaksikan juga perlawanan yang sering ditangguh ini dan ianya akan diadakan secara 2 kali timbal balik dalam masa 4 hari (10 dan 13 November).

 

Fokus Utama

 

Walaupun kejohanan tempatan baru berakhir minggu lepas, Harimau Malaya tidak lagi boleh menjadikan itu alasan untuk tidak memberikan 120% pada perlawanan pada malam ini. Fokus untuk mengutip mata maksimum daripada 2 perlawanan ini penting memandangkan perlawanan terakhir menentang lawan yang agak sukar iaitu Lubnan di tempat lawan.

 

Melihat kepada 3 perlawanan sebelum ini, anak-anak buah Nelo Vingada hanya mengutip 1 mata menentang Lubnan dan Hong Kong (2 kali). Tempat pertama kumpulan dengan 10 mata ialah Lubnan dan kedua Hong Kong dengan 5 mata. Korea Utara memperoleh 2 mata dari 3 perlawanan dan Malaysia di tempat terakhir dengan 1 mata. Minimun 4 mata diperlukan daripada 2 perlawanan menentang Korea Utara ini untuk sekurang-kurangnya memberi saingan tempat kedua iaitu Hong Kong.

Malaysia di tangga terakhir dengan 1 mata

 

Pengganti Safiq Rahim

 

Tanda tanya pasti timbul apabila Safiq Rahim tidak akan beraksi pada ‘timbal-balik’ pertama akibat daripada penggantungan kad merah ketika menentang Hong Kong. Tidak dinafikan  impak ketua pasukan negara ini merupakan enjin utama untuk pasukan dalam perlawanan kelayakan sebelum ini.

 

Vingada mungkin perlu memikirkan calon yang paling sesuai untuk menggantikan tempat beliau memandangkan pengganti kebiasaanya iaitu Baddrol Bakhtiar juga terpaksa menarik diri akibat kecederaan. Ketika ini Nazmi Faiz Mansor dan Azam Azih dilihat paling sesuai namun kekurangan pengalaman beraksi di peringkat antarabangsa mungkin membataskan persembahan mereka.

Azam Azih merupakan watak penting untuk Pahang dan Malaysia U23 musim ini. Photo by Zam Zainal / www.asiana.my

Seorang lagi perancang Ahmad Khairil ‘Beto’ juga calon yang sesuai menggantikan tempat Safiq namun beliau  seringkali digunakan sebagai pemain sayap dalam musim ini oleh Mehmet Durakovic di Perak.

 

 

Rentak Cemerlang Hazwan Bakri

 

Vingada perlu memanfaatkan prestasi cemerlang Hazwan Bakri minggu lepas ketika menentang Kedah dalam final Piala Malaysia untuk diteruskan ketika menentang Korea Utara malam ini. Pemain kelahiran Labuan itu memainkan peranan penting untuk serangan JDT selain daripada Natxo Insa mengawal bahagian tengah.

Hazwan Bakri cemerlang ketika menentang Kedah minggu lepas dalam Final TM Piala Malaysia. Nazrulhad Hashim / www.asiana.my

Pengendali dari Portugal itu menyenaraikan 3 orang penyerang iaitu Darren Lok, Hazwan dan Syafiq Ahmad namun Darren juga terpaksa menarik diri akibat kecederaan. Sebelum ini Vingada lebih cenderung untuk menurunkan Darren namun mungkin kali ini peluang Hazwan  untuk menyinar?

Ayuh Harimau Malaya! Bangun dari tidur!

 

 

Ramalan Xl Harimau Malaya VS Korea Utara

 

Hafizul Hakim, S.Kunalan, Shahrom Kalam, Fadhli Shas, Fazly Mazlan, Azam Azih, Kiko Insa, Safawi Rasid, Wan Zack Haikal, Hazwan Bakri, Syafiq Ahmad