Connect with:




Previu Kumpulan H Colombia 🇨🇴 VS Jepun
19 Jun 2018, 8.00 PM

Pusingan pertama akan diteruskan dengan aksi terakhir Kumpulan H antara Colombia dan Jepan. Skuad kendalian Jose Pekerman sudah tentu ingin memburu kemenangan pertama untuk memudahkan lagi laluan mereka ke pusingan seterusnya. Ketua pasukan Colombia, Radamel Falcao akan menjadi sandaran utama mereka untuk membantu jentera serangan skuad Los Cafeteros.
Antara pemain yang harus diberi perhatian adalah penjaring terbanyak Piala Dunia 2014, James Rodriguez yang akan digandingankan dengan Falcao di jentera hadapan. Prestasi Colombia sebelum Piala Dunia juga tampak lebih menyakinkan dan ia sudah tentu memberi sokongan moral untuk mereka.

Jepun pula tampak agak goyah apabila sekadar mencatat satu kemenangan dari lima perlawanan terakhir mereka. Ini menimbulkan persoalan apakah pasukan Blue Samurai mampu memberikan cabaran kali ini atau sekadar melengkapkan jadual peringkat kumpulan.
Keisuke Honda, Maya Yoshida, Shinji Kagawa, Makoto Hasebe dan Shinji Okazaki sudah tentu akan memainkan peranan penting untuk Japan memburu kedudukan terbaik dalam kempen Piala Dunia kali ini. Pencapaian terbaik mereka hanya mampu mara setakat 16 pasukan terbaik sahaja.

Mampukah Jepun mengikut jejak Iran menjadi wakil Asia yang mencatat kemenangan pertama? Atau Colombia akan menjadikan Japan senasib dengan Arab Saudi?

Ramalan Dunia Sukan

Colombia 3-1 Japan