Connect with:




Previu Kumpulan G
England vs Panama
25 Jun 2018, 8.00 PM

England sudah pasti ingin memburu kemenangan dalam perlawanan ini bagi memastikan tempat ke pusingan kalah mati dapat disahkan lebih awal.
Skuad The Three Lions juga berada dalam mood terbaik ekoran kemenangan dalam perlawanan pertama sebelum ini.

Malam ini, Harry Kane sekali lagi menjadi sandaran penting untuk England memburu kemenangan.

Bagi skuad Panama, mereka perlu segera bangkit dan melupakan kekalahan besar 0-3 kepada Belgium.

Jika mereka kalah, Panama secara automatik akan tersingkir dari saingan Piala Dunia 2018.

Ketua jurulatih Panama, Hernan Dario Gomez perlu bijak dalam percaturan taktikal jika berhasrat untuk menyerkat kemenangan England dan jika mereka berjaya menguasai bahagian tengah serta Harry Kane dikawal dengan baik, pasti mereka dapat mencatat keputusan positif.

Mampukah England meneruskan rentak kemenangan? Adakah Panama akan membuat kejutan?

Ramalan Dunia Sukan
England 2 vs 1 Panama

Foto kredit : bbc(dot)co(dot)uk