Connect with:




Previu Kumpulan G
England vs Belgium
29 Jun 2018, 2.00 AM

Aksi terakhir peringkat kumpulan akan menyaksikan pertemuan dua jaguh Eropah, England akan menentang Belgium bagi menentukan siapa akan menjuarai kumpulan H.

‘Buku bertemu ruas’!!! Itulah yang boleh diperkatakan dalam pertemuan ini. Kedua-dua pasukan ini juga masih belum tewas lagi dan mereka juga berjaya mencatat kemenangan dengan jaringan besar sebelum ini.

Jika sebelum ini kedua-kedua pasukan tidak teruji dengan lawan sebenar, maka perlawanan ini pasti akan menjadi menarik untuk membuktikan siapa lebih hebat.

Skuad kendalian Gareth Southgate sedar bahawa ini perlawanan yang akan menguji sejauh mana kemampuan kendalian beliau di Piala Dunia ini. Reputasi England kali ini juga dilihat begitu baik berbanding sebelum ini di mana mereka dilihat lebih sempurna di setiap posisi.

England perlu memberi perhatian kepada gandingan Lukaku dan Eden Hazard yang mampu memporak-perandakan barisan pertahanan England.

Ketua pasukan England, Harry Kane yang kini sedang mendahului penjaring terbanyak kejohanan sudah pasti akan menjadi sandaran utama untuk skuad The Three Lion memburu kemenangan. 5 gol dalam dua perlawanan membuktikan bahawa beliau sememang penyerang terbaik ketika ini.

Manakala bagi skuad emas Belgium, mereka juga pasti ingin memperoleh keputusan positif dalam pertemuaan ini dan mereka tahu bahawa lawan mereka juga kini berada di prestasi terbaik setelah membelasah Panama 6-1 baru-baru ini.

Skuad The Red Devils juga harus dipandang serius kerana mereka juga dibarisi dengan pemain terbaik terutama sebahagian besar dari mereka bermain di Liga England malah jurulatih mereka, Roberto Martinez juga pernah membimbing kelab dari England.

Ini sudah dapat membantu mereka mengenali corak permainan pemain dan pasukan England. Ia sedikit sebanyak akan memudahkan kerja mereka di atas padang kerana saling menngenali corak permainan antara satu sama lain.

Jika England ada Harry Kane, Belgium pula sudah pasti akan meletakkan harapan ke atas Romelu Lukaku untuk terus mengempur barisan pertahanan mereka untuk mencari gol demi gol. Kedua-kedua penyerang ini hanya dipisahkan satu gol sahaja.

Maka pertemuan terakhir ini dapat kita lihat siapa yang akan lebih hebat di depan gol sama Harry Kane atau Romelu Lukaku.

Adakah England akan muncul juara kumpualn H? Atau Belgium akan tunjukkan kepada England gaya permainan bola sepak yang sebenar? Jika kedua-dua pasukan seri, siapa yang akan juara kumpulan?

Ramalan Dunia Sukan

England 1 vs 2 Belgium