Connect with:




Previu Kumpulan E
Serbia vs Brazil
28 Jun 2018, 2.00 AM

Persaingan kumpulan E juga agak menarik ekoran ketiga-tiga pasukan, Brazil, Switzerland dan Serbia masih mempunyai peluang untuk layak ke pusingan kalah mati. Pertemuan Brazil dan Serbia dijangka lebih menarik kerana salah satu pasukan pasti akan tersingkir.

Brazil sudah pasti akan menurunkan dengan barisan terbaik mereka apatah lagi kini mereka dalam mood terbaik setelah berjaya mencatat kemenangan ketika perlawanan kedua peringkat kumpulan.

Jika dilihat dua perlawanan sebelum ini yang melibatkan Brazil, mereka menguasai hampir keseluruhan permainan dengan serangan demi serangan namun buntu untuk menjaringkan gol.

Perkara ini yang perlu dipandang serius oleh Tite untuk memastikan Brazil tampil lebih garang dalam perlawanan ini. Jika skuad Selecao berjaya memanfaat setiap peluang yang terhidang, mereka pasti mampu menjaringan lebih banyak gol.

Pemain tumpuan Brazil, Neymar perlu segera mengubah gaya permainannya dengan mengurangkan Fancy jika tidak mahu menjadi mangsa terjahan keras pihak lawan.

Neymar, Jesus dan Countinho dijangka akan diberi peranan sebagai pengempur utama untuk memastikan tiga mata penuh menjadi milik Brazil.

Manakala bagi Serbia, mereka sedar hanya kemenangan mampu menjamin tempat ke pusingan seterusnya.

Ketua jurulatih Serbia, Mladen Krstajic perlu merancang taktikal terbaik terutama dibahagian tengah jika berhasrat ingin menyekat kemaraan Brazil kerana bahagian tengah Brazil begitu ampuh. Jika mereka mengawal bahagian tengah dan beberapa pemain utama, perlawanan akan menjadi mudah untuk The White Eagles.

Beberapa pemain berpengalaman Serbia, Kolarov, Matic, Dusan Tadic dan Mitrovic sudah pasti akan menjadi sandaran utama skuad Serbia untuk melakukan sesuatu dalam perlawanan ini.

Mampukah Brazil meneruskan rentak kemenangan? Atau Serbia akan melakukan kejutan ke atas Brazil?

Ramalan Dunia Sukan

Serbia 1 vs 3 Brazil