Connect with:




Previu Kumpulan D

27 Jun 2018, 2.00 AM

Nigeria Vs Argentina

Tumpuan pagi ini akan terarah kepada pertemuan Nigeria Vs Argentina dan kelibat Lionel Messi di atas padang akan menjadi bualan hangat para peminat sama ada beliau mampu membantu negaranya atau sekali lagi akan tampil dengan prestasi tidak konsisten.

Prestasi Argentina kali ini dilihat begitu terumbang-ambing dan tidak konsisten meskipun mereka dibarisi oleh Messi, Arguero, Higuain, Di Maria dan beberapa lagi pemain terbaik dunia. Kekalahan besar 0-3 kepada Croatia dan diikat 1-1 dengan Iceland cukup memalukan bagi Argentina.

Jurulatih Argentina, Jorge Sampaoli perlu bijak dalam percaturan taktikalnya dalam memilih barisan terbaik untuk perlawanan ini kerana sebarang kesilapan pasti akan meranakan kem Argentina.

Argentina wajib menang sambil mengharapkan ehsan Croatia untuk menewaskan Iceland atau mereka tidak tewas dalam perlawanan terakhir ini.

Bagi kem Nigeria, mereka masih mempunyai peluang untuk layak ke pusingan kalah mati. Mereka hanya perlu seri dan ia sudah cukup untuk memastikan skuad kendalian Gernot Rohr mengiringi Croatia ke pusingan seterusnya.

Namun jika mereka memilih untuk bermain secara bertahan, ia sebenarnya mengambil risiko jika diukur dengan barisan pemain Argentina yang ada. Rakan sepasukan Nigeria pasti mengharapkan Ahmed Musa mampu mengulangi sekali lagi kecemerlangan untuk membantu mereka mencatat kemenangan.

Iceland vs Croatia

Di atas kertas, Croatia dilihat tidak berhadapan masalah besar untuk memperoleh tiga mata penuh. Croatia sudah layak ke pusingan seterunya pasti ingin memberi peluang kepada pemain lain sambil merehatkan beberapa pemain utama.

Iceland pula dilihat agak mustahil untuk layak ke pusingan seterusnya apatah lagi berhadapan dengan Croatia yang berada di presrtasi terbaik ketika ini. Mereka perlu menang dengan jaringan besar keatas Croatia namun itu belum masih dapat menjamin Iceland ke pusingan seterusnya kerana ia perlu melihat pula keputusan yang melibatkan Nigeria vs Argentina.

Mampukah Argentina bangkit dan layak ke pusingan seterusnya? Apakah Messi akan lakukan magicnya dalam perlawanan ini? Atau Nigeria akan hantar Argentina sekali pakej flight pulang lebih awal?

Foto Kredit : FIFA World Cup