Connect with:




Previu Kumpulan D
Korea Selatan vs German
27 Jun 2018, 10.00 PM

German wajib menang keatas Korea Selatan jika berhasrat untuk meneruskan perjuangan di Piala Dunia 2018 sambil mengharapkan Sweden gagal mencatat tiga penuh dalam perlawanan terakhir ini.

Jika mereka seri, German perlu mengharapkan Sweden wajib tewas kepada Mexico.

German dan Sweden kini berkongsi tiga mata dan perlawanan terakhir mereka ini akan menjadi penentu siapa yang akan layak ke pusingan seterusnya.

Dengan barisan pemain terbaik di setiap posisi,  Die Mannschaft tiada alasan untuk mencatat kemenangan ke atas Korea Selatan.

German dilihat bergelut dengan prestasi sebenar apapbila tampil dengan aksi yang kurang konsisten meskipun mereka menguasai permainan. German perlu segera perbaiki jentera seranggan mereka kerana dilihat agak tumpul.

Joachim Loew perlu bijak dalam memilih kesebelasan utama kerana sebarang kesilapan pasti akan mengundang padah dan menyebabkan Juara Piala Dunia 2014 ini akan pulang awal.

Bagi kem Korea Selatan pula, mereka sudah terkeluar dari saingan dan perlawanan terakhir ini pasti tidak memberi tekanan kepada mereka. Bagi pemain Korea Selatan, mereka pasti akan turun bermain bersungguh-sungguh memperoleh mata untuk negara mereka.

Kebiasaannya, pasukan yang tiada tekanan akan tampil dengan semangat permainan yang berlainan dan mampu memberi kejutan kepada lawan mereka. Kali terakhir mereka bertemu adalah 2004 ketika perlawanan persahabatan yang menyaksikan skuad Taegeuk Jeonsa menewaskan German 3-1.

Mampukah German menewaskan Korea Selatan untuk layak ke pusingan seterusnya? Atau mereka menjadi pasukan pilihan pertama yang tersingkir di pusingan awal? Apa ramalan anda?

Ramalan Dunia Sukan

Korea Selatan 0 vs 2 German