Connect with:




Previu Kumpulan D Argentina vs Croatia

22 Jun 2018, 2.00 AM

Argentina akan turun dengan misi wajib mencari kemenangan setelah sekadar mencatat keputusan seri dalam perlawanan pertama.

Di kem Argentina dilihat lebih tertekan dan mereka tidak boleh tercicir sebarang mata dalam perlawanan malam ini.

Lionel Messi pasti sekali lagi akan menjadi tumpuan dalam perlawanan ini dengan reputasi cemerlang bersama kelab dan kini dilihat apakah beliau mampu membantu kejayaan Argentina atau sebaliknya.

Kemenangan dalam perlawanan pertama sudah tentu memberi kelebihan kepada Croatia dan mereka sudah pasti turun dengan mood yang baik untuk memburu kemenangan bagi memastikan kedudukan ke pusingan kalah mati lebih terjamin.

Dibarisi dengan beberapa pemain terbaik dunia, Croatia dilihat mampu memberi saingan sengit kepada Argentina. Luka Modrik dan Ivan Rakitic akan menjadi tonggak penting dan jika mereka beraksi dengan baik, Croatia mampu mencatat keputusan positif.

Adakah Messi akan menebus kembali kesilapan lalu? Atau Croatia akan menamatkan cabaran Argentina lebih awal?

Ramalan Dunia Sukan
Argentina 2 – 1 Croatia