Connect with:




Previu Kumpulan C
26 Jun 2018, 10.00 PM

Perancis vs Denmark

Jurulatih Perancis, Didier Deschamps pasti akan menurunkan barisan terbaik dalam perlawanan ini tanpa mahu mengambil risiko meskipun sudah menjamin tempat ke pusingan seterusnya.Sebarang kesilapan dalam percarturan taktikal, pasti akan dihukum oleh lawan

Perancis sudah pasti akan turun memburu kemenangan untuk muncul juara kumpulan dan jika mereka tewas kepada Denmark, maka Perancis akan muncul naib juara kumpulan C.

Meskipun mencatat dua kemenangan awal namun barisan hadapan Perancis kelihatan kurang ampuh apabila sekadar mampu menjaringkan tiga gol biarpun dibarisi ramai pemain terbaik dunia.

Bagi kem Denmark, mereka hanya perlu seri untuk mengikut Perancis ke pusingan kalah mati namun jika mereka tewas, Denmark perlu mengharapkan keputusan satu lagi perlawanan memihak kepada mereka.

Aage Hareide sudah pasti ada ramuan tersendiri untuk memastikan pasukan kendaliannya mampu memberi keputusan positif untuk ke pusingan seterusnya. Jika Denmark mampu mengawal bahagian tengah, perlawanan pasti akan menjadi lebih mudah untuk Denmark merencanakan taktikal yang sudah dirancang.

Australia vs Peru

Australia secara matematiknya masih mempunyai peluang untuk layak ke pusingan seterusnya tetapi mereka perlu menang dengan jaringan besar ke atas Peru dalam perlawanan terakhir sambil mengharapkan Perancis akan menewaskan Denmark dengan jaringan besar juga.

Bagi kem Peru, mereka sudah pun tersingkir dari saingan dan perlawanan ini hanya pelengkap jadual bagi mereka. Namun pasti pemain-pemain Peru akan bermain sehabis baik untuk memburu kemenangan untuk memperbaiki kedudukan.

Pasukan manakah akan teman France ke pusingan kalah mati? Denmark atau wakil Asia, Australia?

Ramalan Dunia sukan

Perancis 2 vs 1 Denmark

Australia 2 vs 1  Peru

Foto Kredit : Équipe de France de Football