Connect with:




Previu Kumpulan C Perancis vs Peru

21 Jun 2018, 11.00 PM

Kali terakhir kedua pasukan ini bertemu ialah pada 1982 di Parc De Princes, dimana pasukan tuan rumah menang dengan jaringan 1-0.

Hari ini Yekatarinburg bakal menyaksikan pertembungan kedua diantara pasukan Les Bleus dan La Blanquirroja.

Perancis lebih gah diatas kertas namun perlu mengambil iktibar kemenangan tempoh hari kerana mereka didominasi Australia hampir separuh masa kerana kelekaan sendiri.

Perancis menang hanya dengan bantuan teknologi dimana satu gol ditentukan dengan VAR dan satu lagi melalui kaedah ‘Goal-Line Technology’.

Peru pula mahu bangkit daripada kekalahan kepada Denmark sekiranya mahu meneruskan cabaran didalam kempen Piala Dunia kali ini.

Ketua pasukan dan pemain berpengaruh, Paulo Guerrero, hanya masuk sebagai pemain gantian pada perlawan pertama dan mungkin bakal digunakan sebagai senjata utama untuk berdepan anak-anak buah Didier Deschamps.

Kali terakhir pasukan Amerika Selatan yang menewaskan Perancis ialah Argentina pada 1978. Mampukah Peru mengulanginya pada malam ini?

Ramalan Dunia Sukan

Perancis 2-0 Peru