Connect with:




Previu Kumpulan C Denmark vs Australia

21 Jun 2018, 8.00 PM

Pertemuan yang diibaratkan sebagai ‘hidup-mati’ buat pasukan Socceroos memandangkan mereka telah tewas ketika perlawanan pembukaan tempoh hari kepada Perancis.

Bert Van Marjwick perlu lebih waspada kali ini untuk memilih barisan kesebelasan utamanya yang tampak longlai ketika perlawanan di Kazan jika berhasrat untuk meneruskan cabaran di Piala Dunia 2018.

Tugas utama beliau kali ini ialah untuk memastikan bintang Tottenham Hotspurs, Christian Eriksen untuk tidak bergerak bebas bagi merencana serangan.

Denmark pula perlu berterima kasih kepada penjaga gol utama mereka iaitu Kasper Schmeichel yang menyelamatkan banyak percubaan pasukan Peru tempoh hari. Hari ini tugas beliau ialah untuk memastikan barisan hadapan Australia seperti Nabbout, Leckie dan Kruse dinafikan percubaan ke gawang gol.

Penolong jurulatih Denmark, Jon Dahl Tomasson merupakan pemain dibawah Van Marjwick ketika di Feyenoord suatu ketika dahulu.

Sudah tentu beliau mengetahui serba sedikit taktikal Van Marjwick dan ia pasti dapat membantu skuad Australia dalam perlawanan ini.

Persoalannya adakah Australia bakal mencipta laluan sukar untuk ke pusingan seterusnya atau Denmark bakal menjadi pasukan pertama layak dari Kumpulan C ini?

Ramalan Dunia Sukan

Denmark 0-1 Australia