Connect with:




Previu Kumpulan B
26 JUN 2018, 2.00 AM

Persaingan kumpulan B yang melibatkan Sepanyol, Portugal dan Iran tampak menarik kerana ketiga-tiga pasukan ini masih mempunyai harapan untuk melangkah ke pusingan seterusnya.

Sepanyol berada dikedudukan teratas dengan 4 mata berkongsi mata dengan Portugal manakala Iran dikedudukan ketiga dengan tiga mata.

Sepanyol vs Morocco

Di atas kertas, anak buah Fernando Hierro dilihat tidak akan menghadapi masalah besar untuk mencatat kemenangan. Dengan dibarisi ramai pemain terbaik dunia dan penyerang mereka, Diego Costa yang berada diprestasi terbaik, Sepanyol sudah tentu akan menjadi pilihan untuk memenangi perlawanan ini.

Bagi Morocco, perlawanan ini tidak memberi apa-apa kesan kepada mereka kerana sudah tidak layak ke pusingan seterusnya namun mereka sudah pasti turun untuk memperoleh mata dan menjaga maruah negara.

Biarpun Sepanyol dilihat sebagai pilihan untuk muncul juara kumpulan B tetapi mereka harus berhati-hati kerana kebiasaan pasukan yang tiada tekanan bermain mampu mencipta kejutan.

 

Portugal vs Iran

Perlawanan ini lebih menarik untuk disaksikan kerana kedua-dua pasukan masih ada peluang untuk layak ke pusingan kalah mati. Portugal mungkin dilihat sebagai pilihan namun harus diingat, Iran juga pasukan yang mantap.

Dua perlawanan sebelum ini, jelas menunjukkan bahawa Portugal begitu bergantung harap kepada Cristiano Ronaldo untuk menjaringkan gol dan kalau ini terus berlaku, pasti mereka akan menghadapi kesukaran dalam perlawanan ini jika Ronaldo dikawal dengan baik.

Iran mungkin bukan segah Portugal tetapi dengan ‘games play’ yang ditunjukkan baru-baru ini ketika menentang Sepanyol, Portugal harus waspada dengan pasukan Iran ini. Tidak mustahil Iran mampu cipta kejutan dalam perlawanan ini.

Perlu diingat, dalam permainan bola sepak sentiada ada elemen kejutan demi kejutan sebab itu, sukan ini sentiasa menjadi dramatic.

Jika mereka mengambil mudah, tidak mustahil Iran bakal menghantar Portugal pulang lebih awal dalam saingan Piala Dunia kali ini.

Persoalannya, siapakah akan ke pusingan kalah mati? Sepanyol? Portugal? Atau Iran yang akan lakukan kejutan? Mereka perlu tahu, pasukan yang naib johan kumpulan B akan menghadapi laluan penuh onak berduri selepas ini.