Connect with:




Previu Kumpulan B Portugal VS Morocco

20 Jun 2018, 8.00 PM

Portugal akan turun perlawanan kedua dalam ‘misi wajib menang‘ untuk mencerahkan peluang ke pusingan seterusnya setelah hanya seri 3-3 dengan Sepanyol dalam perlawanan pertama peringkat kumpulan. Cristiano Ronaldo sekali lagi akan menjadi sandaran utama untuk skuad ‘A Selecao das Quinas‘ untuk memburu kemenangan kali ini setelah mencatat hatrik tempoh hari.
Anak-anak buah Fernando Santos sudah tentu ingin perbaiki pencapaian empat tahun lepas apabila gagal melepasi peringkat kumpulan di Brazil.

Manakala kekalahan kepada Iran dalam aksi pembukaan tempoh hari sudah tentu beri tekanan kepada mereka apatah lagi Morocco sedar mereka akan bertemu sebuah pasukan terkuat Eropah, Portugal.

Mereka wajib mengutip mata dalam perlawanan ini jika berhasrat ingin meneruskan persaingan di Piala Dunia kali ini dan jika mereka tewas, Morocco boleh melupakan sudah kejohanan Piala Dunia kali ini.

Jika mereka gagal menyekat Ronaldo, ia akan menjadi mimpi ngeri untuk skuad ‘Atlas Lions’ dalam usaha memburu kemenangan pertama. Ketua pasukan Morocco & pemain Juvantus, Medhi Benatia sudah pasti akan diberi tugas untuk memastikan barisan pertahanan mereka beraksi dalam keadaan baik sepanjang perlawanan.

Adakah Portugal akan mudah membenam Morocco malam ini? Atau Morocco bakal lakar kejutan kedua pasukan Afrika setelah Senegal melakukannya semalam?

Ramalan Dunia Sukan
Portugal 2 – 0 Morocco