Connect with:




Previu Kumpulan B Iran vs Sepanyol

21 Jun 2018, 2.00 AM

Sepanyol mahu menebus kehampaan apabila disamakan kedudukan pada minit-minit akhir oleh Cristiano Ronaldo dalam perlawan pembukaan tempoh hari.

Reputasi Diego Costa sebagai penggempur utama tidak boleh dinafikan setelah menjaringkan 2 gol dalam perlawanan itu dan rentak itu pasti mahu dikekalkan dengan bantuan oleh rakan sepasukan lain seperti Thiago Alcantara dan Andreas Iniesta.

Benteng Sepanyol perlu lebih waspada memandangkan mereka telah melepaskan 3 gol hanya dalam 1 perlawanan walaupun dibarisi pertahan terbaik dunia seperti Sergio Ramos dan Gerard Pique.

Bagi Iran pula, mereka sudah semestinya dalam mood terbaik untuk mengecewakan La Furja Roja setelah menang dalam perlawanan pertama tempoh hari.
Jika mereka hendak mengesahkan kemaraan ke pusingan seterusnya lebih awal, mereka perlu menang perlawanan ini atau mereka boleh memilih corak bertahan dalam perlawanan ini untuk mengutip 1 mata.

Sardar Azmoun perlu diberikan perhatian kerana pemain itu telah beraksi cemerlang untuk Team Melli dengan menjaringkan 11 gol dalam peringkat kelayakan.

Selain itu, penyerang Alireza Jahanbaksh juga perlu diberikan perhatian kerana beliau muncul penjaring terbanyak Liga Belanda Eredivise dengan 21 gol bersama pasukan AZ Alkmaar.

Mampukah Iran menjadi pasukan pertama layak ke peringkat kalah mati dalam kumpulan ini? Atau terpaksa menangguh dahulu dengan kehadiran Portugal? Apakah Sepanyol akan pulang awal seperti empat tahun lepas? Ramalan anda?

Ramalan Dunia Sukan
Iran 1-2 Sepanyol