Connect with:




Previu Kumpulan A Uruguay VS Arab Saudi

20 JUN 2018, 11.00 PM

Biarpun Uruguay dilihat sebagai pasukan pilihan untuk memenangi perlawanan ini namun mereka perlu memandang serius cabaran dari wakil Asia ini biarpun prestasi lawan mereka ini tidaklah begitu konsisten.

Tempoh hari, Uruguay hampir-hampir gagal mencatat kemenangan namun nasib diminit-minit akhir lebih kepada mereka untuk mencatat kemenangan tipis keatas Mesir.

Jurulatih Uruguay, Oscar Tabarez sudah tentu mengharapkan penyerang mereka, Luis Suarez dan Edinson Cavani akan tampil lebih garang dalam perlawanan ini setelah agak suram dalam perlawanan sebelum ini.

Arab Saudi perlu cepat bangkit dan melupakan kekalahan besar 0-5 kepada tuan rumah baru-baru ini.

Jurulatih Arab Saudi, Hector Cuper perlu bijak dalam percaturan formasi jika tidak mahu sekali lagi dimalukan dengan kekalahan besar berulang.

Dalam perlawanan ini, ia akan menentukan sama ada Arab Saudi akan mengikut jejak Mesir pulang awal atau mereka mampu menghidupkan peluang hingga perlawanan terakhir.

Mampukah Uruguay mencatat kemenangan ke atas Arab Saudi? Masih berpeluangkah Arab Saudi dalam misi mencipta kejutan ke atas Uruguay?

Ramalan Dunia Sukan
Uruguay 3 – 0 Arab Saudi