Connect with:




Malam esok Pahang dan Selangor bakal berentap untuk menentukan siapakah bakal menjadi juara Piala FA sekaligus menempah tiket ke kejuaraan Asia. Yang pasti, perlawanan ini bakal mengembalikan maruah kedua-dua pasukan untuk memenangi trofi setelah sekian lama tidak memenanginya.

Kali terakhir Pahang memenangi kejuaraan ini ialah pada 2014  menewaskan Felda United (2-1) manakala Selangor pula Piala FA 2009 menewaskan Kelantan melalui sepakan penalti.

Di kem Selangor pastinya mereka mengharapkan sentuhan penyerang utama mereka iaitu Rufino Segovia, yang ketika ini sudah menjaringkan 23 gol dalam semua kejohanan buat skuad The Red Giants itu. Selain itu mereka juga pasti mengharapkan tonggak jentera tengah yang bakal diketuai oleh pemain berpengalaman seperti Amri Yahyah dan Azamuddin Akil serta beberapa tenaga muda seperti Evan Dimas, Ilham dan Saiful Ridzuwan.

Wiliam Pacheco pula dilaporkan masih lagi dalam keadaan 50-50 sama ada boleh diturunkan kerana mengalami kecederaan sejak perlawanan lepas. Namun jurulatih Nazliazmi Nasir pasti mempunyai beberapa perancangan lain yang boleh diletakkan dibahu pertahanan yang lain seperti Razman Roslan dan Alfonso De La Cruz.

Pahang turut mempunyai pemain yang dalam keadaan ragu-ragu samaada boleh diturunkan atau tidak iaitu Patrick Cruz dan Afif Amiruddin. Namun kedua-dua pemain ini dilaporkan sudahpun turun untuk latihan bersama pasukan menjelang perlawanan akhir ini.

Bintang Kanada-Jepun yang baru sahaja menyertai mereka, Issey Nakajima kini dilihat semakin mejadi bersama gandingannya iaitu Norshahrul Idlan Talaha. Dengan  prestasi Patrick Cruz dan Austin Amutu yang dilihat tidak menentu, kelibat gandingan penyerang ini sudah tentu diharapkan untuk menggegar gawang Selangor.

Siapakah pilihan anda untuk memenangi final kali ini? Adakah Pahang yang menewaskan pasukan ‘favourite’ JDT? Atau Selangor yang semakin garang akhir-akhir ini dengan kehadiran Presiden baharu?

**** Anda berpeluang untuk memenangi tiket percuma ke perlawanan akhir Piala FA diantara Pahang dan Selangor. Sertai Giveaway tiket perlawanan ini dari Dunia Sukan sebelum terlambat! Layari laman media sosial untuk maklumat lanjut.