Connect with:




11.00 Malam | 15 Julai |Stadium Luzhniki

Perlawanan terpenting untuk tahun 2018 bakal berlangsung pada malam ini diantara pasukan Les Bleus dan The Blazers. Seluruh populasi dunia sudah pasti akan tertumpu kepada perlawanan ini yang bakal menjadi penutup kepada kempen Russia2018 kali ini.

Kedua-dua pasukan tekad untuk membawa generasi emas masing-masing dengan Perancis mahu mengulangi kejayaan cemerlang 1998 dan Croatia mahu mencipta sejarah pertama kali menjulang Piala Dunia. Diatas kertas, Perancis mempunyai pasukan yang lebih lengkap dengan kesebelasan utama mereka dibarisi oleh pemain-pemain dari kelab ternama dunia.

Anak-anak buah Didier Deschamps layak ke final dengan jalan yang lebih mudah apabila menang kesemua perlawanan dan pusingan kalah mati tanpa memerlukan penentuan penalti. Manakala anak-anak buah Zlatko Dalic pula memilih jalan sukar apabila perlu layak dengan 2 kali sepakan penalti menentang Russia dan juga Denmark sebelum menewaskan England di masa tamabahan.

Tumpuan sudah tentu akan terarah kepada barisan tengah kedua-dua pasukan yang menjadi nadi penting sepanjang kejohanan ini. Di kem Perancis mereka mempunyai Ngolo Kante yang melakukan semua kerja-kerja ‘dirty-works’ untuk membuatkan Paul Pogba lebih bebas. Tugas Paul Pogba pula lebih mudah untuk memberikan lorongan cantik kepada 3 barisan hadapan Perancis iaitu Olivier Giroud, Kylian Mbappe dan Antoine Griezmann.

Croatia pula mempunyai 3 midfield dinamik sepanjang kejohanan ini yang diketuai oleh Luka Modric, Ivan Rakitic dan Ivan Perisic. Tidak dinafikan barisan tengah ini memainkan peranan penting untuk pasukan mereka dan terbukti apabila Luka Modric sudah meraih MOTM sebanyak 3 kali sepanjang kempen kali ini. Beliau juga antara calon top 3 ‘Golden-Ball’ untuk kejohanan kali ini bersama Kylian Mbappe dan Antoine Griezmann.

Kini tinggal hanya 2 pasukan sahaja lagi yang bakal merebut gelaran terunggul bola sepak untuk tahun ini. Anda rasa Croatia sebagai underdogs akan melakukannya atau Perancis tiada masalah akan menewaskan mereka?