Connect with:




15 Ogos 2018

5.00 Petang Stdm Si Jalak Harupat
Malaysia vs Kyrgyzstan

Malaysia bakal membuka tirai acara bola sepak bertemu pasukan yang mempunyai populasi rakyat kurang dari 10 juta, Kyrgyzstan.

Anak-anak buah OKS tidak boleh memandang rendah kemampuan pasukan The White Falcons ini kerana ranking terkini mereka tidak kurang hebatnya iaitu berada di kedudukan ke-92 dunia. Mereka mengalami peningkatan ranking semenjak 2014 (152) hingga kini.

Di kem Harimau Malaya kita terpaksa melupakan khidmat pemain muda Felda United yang menjadi tonggak ketika AFC di China iaitu Danial Amier yang terpaksa menarik diri disaat akhir akibat kecederaan. Oleh kerana itu, kelibat Baddrol Bakhtiar dan Nik Akif hampir pasti akan menjadi sandaran utama di bahagian tengah negara.

Kesebelasan utama yang sama ketika AFF China hampir pasti diturunkan dengan Rizal Ghazali bakal menggantikan tempat Matt Davies yang tidak dilepaskan oleh Pahang. Tempat Azam Azih pula bakal diisi oleh ketua pasukan yang mengisi kuota pemain lebih umur, Baddrol.

Skuad kita tampak yakin apabila menang dalam perlawanan  persahabatan terakhir menentang UAE minggu lepas. Jaringan daripada Safawi Rasid dan Akhyar Rashid cukup untuk membuktikan skuad muda negara ini bersedia untuk menghadapi Sukan Asia kali ini.

Mampukah skuad Harimau Muda kita untuk langkah kanan pada petang ini?