Connect with:




24 Ogos 2018 | 8.00 Malam | Stadium Patriot Chandrabhaga

Malaysia vs Jepun

Skuad OKS hari ini bakal berdepan cabaran sebenar setelah layak untuk pusingan kedua peringkat kalah mati untuk kempen Sukan Asia 2018. Malaysia yang telah menjadi johan kumpulan E dijadualkan untuk bertemu naib johan kumpulan D, Jepun.

Skuad Jepun pada kempen kali ini merupakan skuad yang amat muda memandangkan mereka sedang melakukan persiapan untuk Olimpik 2020 di Tokyo. Namun begitu, dengan pemain yang kebanyakkannya berumur 19 tahun mereka masih mampu untuk layak ke kelompok 16 terakhir yang mana rata-rata pemainnya berumur 23 tahun.

Terdahulu, Jepun mengutip mata maksimum dalam 2 perlawanan pertama sebelum dikecewakan 0-1 pada perlawanan terakhir kumpulan oleh finalis AFF tahun ini iaitu Vietnam. OKS juga berpendapat bahawa skuad Samurai Biru kali ini ‘hampir sempurna’ kerana sudah dibentuk sejak beberapa tahun lalu dan sudah berpengalaman beraksi di peringkat tertinggi.

Bagi Malaysia, aksi perlawanan terakhir kumpulan menentang Bahrain pula perlu diambil iktibar oleh skuad negara kerana banyak kesilapan yang perlu diperbaiki oleh barisan kedua negara itu. Pemain-pemain yang diberi peluang seharusnya mempamerkan aksi terbaik kerana mereka harus bersedia sepertimana pemain-pemain utama yang lain.

Tanda tanya di kem latihan negara apabila Akhyar Rashid masih lagi belum cergas sepenuhnya untuk perlawanan malam ini dan tempatnya berkemungkinan diisi oleh pemain lain seperti Kogileswaran atau Faisal Halim. Manakala dua lagi pemain dalam trio ‘Safawi-Akhyar-Syafiq’ iaitu Safawi dan Syafiq hampir pasti menjadi sandaran OKS untuk perlawanan penentuan hidup mati ini.

Barisan terkuat dijangka diturunkan Harimau Muda tatkala berdepan Samurai Biru hari ini setelah kebanyakan pemain utama direhatkan ketika berdepan Bahrain.

Semoga berjaya buat Harimau Muda! Ayuh Malaysiaku!