Connect with:




Awal pagi nanti akan berlansung dua lagi perlawanan Liga Juara-Juara (UCL) peringkat kalah mati antara Bayern Munich menentang Basiktas dan Chelsea pula akan menerima kunjungan Barcelona. Perlawanan tumpuan sudah tentu akan terarah kepada pertemuan antara Chelsea dan Barcelona.

Head-to-head

Mereka telah berjumpa sebanyak 10 kali sebelum ini di mana Chelsea mencatat 3 kemenangan, 5 kali seri dan 2 kekalahan manakala Barcelona pula mencatat 2 kemenangan, 5 kali seri dan 3 kali kalah.

Kali terakhir mereka berjumpa adalah ketika separuh akhir UCL pada tahun 2011/2012 dan keputusan memihak kepada Chelsea secara argegat 3-2 malah keputusan ini pasti tidak pernah di lupakan oleh penyokong Barcelona

Apa yang menarik adalah kali terakhir Barcelona menang ke atas Chelsea adalah ketika UCL 2005/2006 juga secara argegat 3-2. Mampukah mereka mencatat kemenangan kali ini?

Permain tumpuan

Foto Kredit : poskotanews(dot)com

Untuk Barcelona, Lionel Messi, Luiz Suarez dan Andres Iniesta pemain yang akan menjadi tumpuan awal pagi nanti. Iniesta yang mempunyai pengalaman cukup luas bersama Barcelona sudah tentu akan menjadi penggerak kepada jentera seranggan.

Jika di lihat dari prestasi semasa Messi dan Suarez ketika ini, mereka berada di prestasi yang terbaik dan sudah pasti menjadi ancaman utama kepada Chelsea jika gagal mengawal dengan baik dua pemain ini.

Untuk Chelsea, Eden Hazard, Alvaro Morata dan Pedro Rodigues pemain yang akan menjadi sandaran utama Chelsea dalam perlawanan ini. Pedro yang pernah bersama Barcelona sudah tentu sedikit sebanyak dapat membantu pasukannya untuk mencari kemenangan untuk di bawa ke Barcelona nanti.

Foto Kredit : goal(dot)com

Begitu dengan Morata yang beberapa kali pernah bertemu Barcelona ketika bermain bersama Real Madrid, di harapkan dapat membantu Chelsea untuk lakukan sesuatu pada perlawanan pagi nanti.

Prestasi Semasa

Bermain di halaman sendiri sepatutnya akan menjadi kelebihan kepada tuan rumah namun dengan prestasi Chelsea yang tidak konsisten, sedikit sebanyak akan menjadi tugas berat untuk Antonio Conte mencatat keputusan positif.

Bagi skuad kendalian Ernesto Valverde, mereka kini berada di prestasi terbaik mereka sama ada di peringkat kumpulan UCL atau La Liga. Malah  ketika ini mereka sedang mendahului La Liga tanpa sebarang kekalahan dan mereka juga berjaya menjaringkan 62 gol dan hanya 11 kali saja di bolosi.

Hampir separuh daripada jaringan itu datang dari penyerang terbaik mereka iaitu Messi dan Suarez apabila kedua-dua pemain ini berjaya menjaringkan 37 gol.

Ramalan
Chelsea 1 vs 3 Barcelona

Foto Kredit : bestwordevent(dot)com, sportskeeda(dot)com