Connect with:




 

Awal pagi nanti akan menyaksikan dua jaguh Eropah, antara Real Madrid dan Liverpool yang akan berentap dalam perlawanan akhir untuk merebut Piala Liga Juara-Juara (UCL) musim ini.

Kedua-dua pasukan mempunyai misi yang tersendiri dimana Real Madrid ingin terus mempertahankan kejuaraan yang dimenangi mereka untuk tahun ketiga berturut-turut dan Liverpool pula ingin menamatkan kemarau kejuaraan UCL selepas kali terakhir mereka lakukan pada 2005.

Jom kita lihat sedikit preview mengenai kedua-dua pasukan ini.

 

Mohamed Salah VS Cristiano Ronaldo

Foto Kredit : standart(dot)co(dot)uk

Kelibat dua pemain ini di atas padang pasti akan menjadi tumpuan peminat seluruh dunia untuk melihat siapa lebih hebat atau siapa ‘KING’ dalam bola sepak musim ini.

Untuk merebut kasut emas atau ‘Top Score’ mungkin agak mustahil kerana beliau baru menjaringkan 10 gol berbanding Ronaldo 15 gol.

Foto Kredit : independent(dot)co(dot)uk

Namun perlawanan awal pagi ini adalah penentu siapa yang akan merangkul Ballon D’or. Mohamed Salah disebut antara individu yang akan menamatkan dominasi antara Ronaldo dan Messi selama ini.

Bagi Ronaldo, beliau ingin memburu rekod peribadi iaitu kejuaran hatrik untuk UCL dan memenangi Ballon D’or untuk tahun ketiga berturut-turut serta kali keenam untuk dirinya.

Kekuatan ‘forward’

Dari segi prestasi, barisan serangan Liverpool berada di prestasi terbaik jika hendak dibandingkan dengan Real Madrid. Liverpool sering menggunakan taktikal 4-3-3 dengan mempertaruhkan trio terbaik di diketuai oleh Mohamed Salah, Sadio Mane dan Roberto Firmino.

Foto Kredit : skysport

Gandingan Trio ini telah berjaya menjaringkan 29 gol daripada 40 gol sepanjang UCL ini berlangsung dan ini membuktikan gandingan trio ini begitu bahaya dan mampu menjaringkan setiap perlawanan tanpa mengharapkan pada satu pemain sahaja.

Berbanding Real Madrid, prestasi mereka tidak menentu dan tuah sering kali memihak kepada mereka dan adakah malam ini nasib sekali lagi akan memihak kepada mereka?

Bermula dengan peringkat kalah mati, Zinedine Zidane lebih gemar menggukan taktikal 4-4-2 dengan meletakkan Ronaldo di depan akan bergandingan sama dengan Benzema atau Bale.

Sepanjang kem UCL berlangsung, Real Madrid menjaringkan 30 gol dan setengah dari gol itu datang dari Ronaldo, 15 gol.

Real Madrid juga lebih mengharapkan ‘magis’ dari Ronaldo untuk membantu kemenangan pasukan dan jika dilhat dari segi kelebihan, sudah tentu ia akan memihak kepada Liverpool.

Namun dalam bola sepak, selagi belum tamat perlawanan, apa-apa sahaja boleh berlaku dan pasukan yang kurang melakukan kesilapan dan bijak ambil kesempatan lawan, pasukan itu akan menang.

Head-to-Head

Kedua-dua pasukan hanya pernah bertemu sebanyak empat kali sahaja dalam saingan UCL sebelum ini dan kali terakhir mereka bertemu adalah ketika saingan UCL 2014/2015 dalam peringkat kumpulan yang menyaksikan Real Madrid menang kedua-dua pertemuan itu.

Namun Real Madrid perlu tahu, Liverpool sekarang bukan Liverpool dahulu lagi kerana kali ini mereka tampil jauh berbeza dari segi prestasi pasukan dan pemain.

Mungkin pengalaman yang akan membezakan kedua-dua pasukan kerana Real Madrid akan turun untuk kali ketiga berturut dalam perlawanan akhir UCL.

Common The Reds!! Ayuhh Los Blancos!!

Selamat menonton!!!