Awal pagi nanti akan berlangsung perlawanan kedua antara Paris Saint-Germain yang akan menerima kunjungan Real Madrid dalam perlawanan pusingan kedua kalah mati Liga Juara-Juara (UCL).

Perlawanan pertama sebelum ini menyaksikan Real Madrid mengatasi PSG 3-1 dan kini mereka mempunyai sedikit kelebihan ketika bertandang ke PSG.

‘Home ground’

Foto Kredit : PSG – Paris Saint-Germain

Real Madrid akan berdepan sedikit kesukaran dalam perlawanan kedua awal pagi nanti kerana mereka bakal bermain di gelanggang keramat PSG, Stadium Parc des Princes dan untuk rekod, 14 perlawanan liga yang berlangsung di halaman sendiri, mereka mencatat kemenangan bersih 14 perlawanan dan 59 jaringan berjaya di hasilkan.

Musim lepas UCL, PSG pernah aibkan Barcelona 4-0 dan ini membuktikan mereka lebih cemerlang bermain di halaman sendiri. Mampukah PSG mengulangi kecemerlangan itu awal pagi nanti?

Pemain tumpuan

Foto Kredit : PSG – Paris Saint-Germain

Ketiadaan pemain termahal mereka, Neymar sudah tentu sedikit sebanyak memberi kesan kepada mereka untuk memburu kemenangan awal pagi nanti. Kini sandaran utama sudah tentu akan beralih kepada Edinson Cavani, Di Maria dan Klyian Mbappe untuk menggalas tanggunjawab untuk bangkit memadam kelebihan dua gol pasukan Real Madrid sekaligus catat kemenangan serta layak ke pusingan seterusnya.

Gandingan ketiga-tiga pemain ini telah di buktikan di ketika perlawanan liga domestik dan peringkat kumpulan kini mereka sekali lagi ingin mencipta kejayaan di hadapan penyokong mereka.

Foto Kredit : Real Madrid C.F.

Zinedine Zidane pula sudah pasti akan guna formasi 4-3-3 setelah pemain mereka, Gareth Bale pulih dari kecederaan. Cristiano Ronaldo, Kazem Benzema dan Bale menjadi tonggak penting Real Madrid untuk layak ke pusingan seterusnya dan mempertahankan UCL.

Foto Kredit : Real Madrid C.F.

UCL hanya satu-satunya piala untuk mereka menang tahun ini setelah beberapa piala yang lain sudah terlepas ke tangan pasukan lain.

Kesimpulan

Perlawanan awal pagi nanti, kami menjangkakan satu pertemuan yang sengit antara kedua-dua pasukan dan jika PSG sudah tentu akan turun dengan formasi menyerang untuk memburu gol awal dan mencari gol sebanyak mungkin.

Real Madrid pula yang merupakan juara bertahan sudah pasti inginkan kemenangan untuk layak dan tidak rela tewas kepada PSG di pusingan kalah mati ini.

Untuk rekod, 5 musim terakhir UCL, PSG sering kali terkandas di pusingan kedua kalah mati dan peringkat suku akhir. Mampukah mereka mencipta sejarah untuk layak lebih jauh atau badi akan terus menghantui mereka?

Mampukah PSG menghapsukan badi mereka ke atas Real Madrid atau mereka terpaksa menunggu UCL yang seterusnya untuk mencatat kemenangan? Semuanya akan terjawab awal pagi nanti.

Foto Kredit : sumberbola.com