Connect with:




Pagi ini akan berlangsung dua lagi perlawanan Liga Juara-Juara peringkat kalah mati. PSG akan berkunjung ke Stadium Santiago Bernabeu untuk menentang Real Madrid dan FC Porto pula akan menerima kunjungan Liverpool.

‘HEAD-TO-HEAD’

Sebelum ini mereka pernah berjumpa sebanyak 4 kali namun rekod di lihat lebih memihak kepada Real Madrid apabila berjaya mencatat 3 kemenangan dan sekali seri. Maka perlawanan pagi nanti pasti menarik untuk kita lihat apakah Real Madrid mampu meneruskan rentak kemenangan atau PSG akan melakukan sesuatu di hadapan penyokong Real Madrid.

Prestasi kedua-dua pasukan di dalam liga nampak berbeza di mana Real Madrid dilihat kurang konsisten manakala PSG terus konsisten dalam setiap perlawanan.

3 perlawanan terakhir

Bagi pasukan Real Madrid, tiga perlawanan terakhir mereka dalam La Liga menyaksikan mereka mencatat keputusan yang positif dengan 2 kemenangan dan 1 seri.

Bagi pasukan PSG, dalam saingan liga, mereka berada di carta liga apabila jauh tinggalkan persaingan lain dan tiga perlawanan terakhir PSG, mereka mencatat 3 kemenangan bersih.

Jadi mampukah PSG mencatat kemenangan pertama mereka ke atas Real Madrid dan membawa bekalan gol sebanyak mungkin ke perlawanan kedua nanti kerana gol tempat lawan sangat membantu.

 

Pemain tumpuan

Kami memilih Cristiano Ronaldo, Karim Benzema dan Sergio Ramos sebagai pemain tumpuan untuk Real Madrid. C. Ronaldo dalam 3 perlawanan terakhir berjaya menjaringkan 5 gol dan ini sudah tentu sesuatu yang menarik untuk melihat sama ada C.R akan terus meledak gol atau hanya mampu melihat pasukan PSG menjaringkan gol.

Sergio Ramos kami memilih kerana beliau begitu bahaya ketika situasi bola mati dan sering kali menjaringkan gol di saat-saat Real Madrid hampir tewas. Setiap kali bola mati jika tiada kawalan ketat ke atas pemain ini, ia mampu memberi ancaman kepada kubu PSG.

Dengan formasi 4-3-3 yang sering PSG guna, Neymar, Edinson Cavani dan Di Maria kami melihat trio yang sering kali berjaya kucar-kacirkan pertahanan lawan. Di tambah pula pemain yang makin meningkat naik Kylian Mbappe juga antara pemain akan jadi tumpuan pagi nanti.

Malah keserasian ketiga-tiga trio ini telah berjaya di buktikan apabila mereka sering menjaringkan gol setiap perlawanan.

Kami menjangkakan pagi ini para pemerhati akan lebih memberi tumpuan kepada C. Rondaldo dan Neymar untuk melihat siapa yang lebih hebat. Apatah lagi Neymar hangat di perkatakan akan berhijrah ke Real Madrid dan ini membuatkan ia lebih menarik untuk di saksikan perlawanan pagi nanti.

 

Predict

Real Madrid 1-3 PSG

 

Foto Kredit : FB Real Madrid C.F.
FB PSG – Paris Saint-Germain