Connect with:




Malam ini akan berlangsungnya perlawanan Liga Juara-Juara peringkat kalah mati di mana 16 pasukan terbaik akan bermain dan memburu slot ke suku akhir.

Perlawanan tumpuan pilihan kami pagi nanti adalah antara Juventus yang akan menerima kunjungan wakil kelab England,Tottenham Hotpurs.

3 perlawanan terakhir

Jika dilihat rekod kedua-dua pasukan ini dalam liga, tiga perlawanan terakhir menunjukkan pasukan Spurs mencatat 2 kemenangan, 1 seri manakala pasukan Old Lady pula mencatat 3 kemenangan bersih. Spurs kini berada di tangga ke-5 EPL manakal Juventus pula berada di kedudukan kedua liga hanya dipisahkan 1 mata di belakang Napoli.

Tiga perlawanan terakhir tanpa kalah pasti motivasi terbaik untuk kedua-dua pasukan turun memburu kemenangan pagi nanti.

Pemain tumpuan

setiap pasukan sudah tentu akan ada pemain utama dan pemain tumpuan. Bagi Spurs, Hary Keane, Dele Ali dan Christian Erisen kami jangka akan menjadi tumpuan dalam perlawanan pagi nanti. 3 kombinasi pemain ini telah membuktikan dalam setiap perlawanan yang mereka hadapi ketika di peringkat kumpulan.

Bagi Juventus, kehadiran ótai’ dan juga ketua pasukan Juventus, Gianluigi Buffon kembali memperkuatkan benteng terakhir sudah tentu satu motivasi kepada pemain. Pengalaman beliau bermain di peringkat kalah mati ini sudah pasti di tagih untuk memastikan gawang mereka tidak di bolosi. Higuain dan Mario Mandzukic pula antara penyerang yang telah membuktikan keserasian mereka di dalam liga dan juga ketika permain di peringkat kumpulan. Mereka akan menjadi sandaran untuk utama untuk menjaringkan gol.

‘Head-to-Head’

Kedua-dua pasukan ini hanya pernah berjumpa sekali sahaja ketika tahun 2017, itu pun dalam perlawanan persahabatan pra-musim yang menyaksikan Tottenham menang 2-0. Namun dalam perlawanan pagi nanti, Spurs sudah tentu ingin mencari bekalan gol áway’ untuk di bawa dalam perlawanan kedua nanti.

Bagi Juventus, tekanan sudah tentu agak tinggi apabila bermain di halaman sendiri apatah lagi mereka merupakan pasukan ‘finalis’ tahun lepas. Tetapi dilihat rekod bermain di halaman sendiri, ia sedikit sebanyak memberi kelebihan kepada skuad kendalian Massimiliano Allegri untuk bermain pagi nanti sekali gus memburu kemenangan agar perlawanan kedua nanti memberi kelebihan kepada mereka.

Jadi kami mengharapkan kedua-dua pasukan akan mempamerkan satu permainan yang menarik agar para penonton juga akan terhibur dengan aksi-aksi menarik di atas padang. Jadi kepada penyokong kedua-dua pasukan, pastikan anda sediakan peralatan yang sesuai untuk di bawa ketika çhek-in’ nanti.

Predict

Juventus 2-1 Spurs

Foto Kredit : gilabola(dot)com