Connect with:




Previu Kumpulan A Mesir vs Russia

20 Jun 2018, 2.00am

Syawal ke-5 menutup saingan kumpuan pusingan pertama dan pusingan kedua bakal berlangsung dengan Mesir dan Rusia mengambil tempat. Kedua-dua pasukan ini dalam mood yang terbaik, Rusia masih dalam ‘mood’ menang besar 5-0 keatas Arab Saudi tempoh hari manakala Mesir mendapat berita gembira kehadiran tonggak Mo Salah dalam perlawanan ini.

Sandaran Rusia pastinya terhadap pemain gantian, Denis Cheryshev yang menjaringkan 2 gol ketika menetang Arab Saudi dengan reputasi ‘Man Of The Match’. Selain itu, Aleksandr Golovin juga dilihat menyerlah dengan 2 ‘assist’ dan 1 gol ketika perlawanan itu. Bermain dihalaman sendiri antara kelebihan kepada Russia dengan sokongan padu para peminat mereka.

Mesir mengalami ‘heart-break’ selepas tewas pada minit-minit akhir perlawanan dengan Uruguay pastinya mahu bangkit dan Rusia perlu berhati-hati dan kembalinya bintang Liverpool. The Pharaohs tampak ampuh ketika perlawanan dengan Uruguay membuktikan mereka masih boleh bermain sebagai satu pasukan walaupun tanpa Mo Salah. Buktinya, penjaga gol Mohamed El-Shenawy dinobatkan sebagai MOTM walaupun tewas 1-0 kepada Uruguay.

Sebagai peminat dan pemerhati bola sepak? Apa ‘outcome’ yang anda ramalkan untuk perlawanan ini? Mesir akan cipta kejutan atau Rusia terus unggul?

Ramalan Dunia Sukan

Rusia 2-0 Mesir