Connect with:




Awal pagi nanti akan berlangsungnya satu lagi perlawanan separuh akhir pertama Liga Juara-Juara Eropah (UCL) yang melibatkan wakil dari Jerman, Bayern Munich menerima kunjungan wakil Sepanyol, Real Madrid di Stadium Allianz Arena.

Jom kita lihat sedikit preview perlawanan awal pagi nanti yang melibatkan kedua-kedua pasukan.

HEAD TO HEAD

4 pertemuan sebelum ini menyaksikan Real Madrid memenangi kesemuanya dan Bayern Munich seakan-akan sukar untuk mengalahkan mereka setiap kali bertemu. Kali terakhir mereka bertemu ketika peringkat suku akhir UCL musim lepas.

Foto Kredit : libero(dot)pe

Meskipun Bayern Munich berjaya mengheret Real Madrid bermain dalam masa tambahan namun ia belum cukup untuk mereka menyekat kemenangan Real Madrid.

Namun harus diingat kerana setiap kali Real Madrid bermain di tempat lawan, mereka lebih menyerlah dan mampu menjaringkan 3 gol seperti mana mereka lakukan ketika bertemu dengan PSG dan Juventus.

Adakah Bayern Munich juga akan jadi mangsa seterusnya? Atau Bayern akan singkirkan satu lagi wakil Sepanyol setelah mereka lakukan ke atas Sevilla.

 

PEMAIN TUMPUAN

Pemain tumpuan dalam perlawanan awal pagi nanti sudah tentu akan terarah kepada Cristiano Ronaldo (CR) dan Robert Lewandowski.

Foto Kredit : soccerladuma(dot)co(dot)da

Sejak musim 2012/2013 sehingga musim lepas UCL, penjaring terbanyak terus menjadi milik Ronaldo dan sudah tentu perlawanan awal pagi nanti beliau akan mencari gol sebanyak mungkin untuk memastikan penjaring terbanyak UCL terus menjadi milik beliau.

Foto Kredit : FC Bayern München

Robert Lewandowski pula menjadi sandaran utama untuk Bayern dalam usaha memastikan mereka menang dalam perlawanan awal pagi nanti. Prestasi Lewandoski di Bundesliga juga agak konsisten apatah lagi kini penjaring terbanyak Bundesliga sudah menjadi milik beliau meskipun liga belum tamat.

JUPP HYNCKES VS ZINEDINE ZIDANE

Foto Kredit : FC Bayern München

Sejak Jupp Hynckes mengambil alih kembali Bayern, prestasi mereka kian bertambah baik dari satu perlawanan ke satu perlawanan dan beliau belum pernah tewas lagi dalam saingan UCL sejak membimbing Bayern Munich musim ini. Malah prestasi di Bundesliga juga sukar dicabar oleh mana-mana pasukan lagi.

Sejak bermula pusingan kalah mati, dari segi taktikal menyerang, kedua-dua pasukan menunjukkan prestasi yang baik apabila mampu menjaringkan 10 gol (Bayern Munich) dan 9 gol (Real Madrid). Namun dari segi bertahan, Bayern dilihat lebih baik berbanding Real Madrid.

Foto Kredit : bola(dot)com

Bagi Zidane pula, beliau boleh dianggap ‘king’ UCL kerana telah membawa Real Madrid menjuarai UCL dua kali berturut-turut dan musim ini, beliau ingin memburu kejuaran hatrik untuk Real Madrid dan sudah tentu jika ia berjaya dilakukan, nama beliau akan terpahat dalam sejarah antara pemain dan jurulatih paling berjaya.

Rumusan

Jadi perlawanan awal pagi nanti, penulis 29 menjangkakan satu perlawanan yang menarik dimana Real Madrid sudah tentu ingin meneruskan rentak kecemerlangan di tempat lawan dan ingin mencari ‘away’ gol untuk perlawanan kedua nanti.

Bayern Munich pula sudah pasti belajar dari kesilapan mereka sebelum ini ketika bertemu Real Madrid. Bermain dihalaman sendiri, skuad Jupp Hynckes pasti tidah mahu kecewa dan mereka juga ingin buru kemenangan agar perlawanan kedua nanti memberi kelebihan kepada Bayern.