Connect with:




Presiden Grand Prix Monaco, Michel Boeri menegaskan untuk mengekalkan semula tradisi dulu dengan membawa semula gadis litar pada perlumbaan penuh glamorr di Litar Monter Carlo, Mei nanti.

Hal ini sekaligus ‘menterbalikkan’ pembaharuan yang dilakukan F1 selepas sukan itu mengumumkan untuk menggantikan ‘gadis litar’ dengan ‘kanak-kanak litar’ sebelum bermula musim 2018 dan diterima baik oleh banyak pihak.

Kanak-kanak litar yang akan mengiringi pemandu F1 di petak permulaan adalah pemandu go-kart dan pemandu remaja pada perlumbaan pembukaan Grand Prix Australia, dekat Melbourne bulan lalu.

Bagaimanapun, ketua penganjur perlumbaan di Monaco menyangkal keputusan itu untuk meletakkan gadis litar di grid di hujung perlumbaan untuk kelihatan lebih moden dan lebih cantic di hadapan penonton global.

Menurut akhbar Monaco, Boeiri yang mempunyai hubungan baik dengan pemilik baru F1, Liberty Media dari Amerika Syarikat memberitahu mereka faham tentang apa yang Boieri mahukan.

“Mereka faham bahawa Monaco bukanlah Spa atau Monza.

“Kami tiada masalah dengan Liberty Media. Kecuali isu gadis litar.”

“Mereka akan ada di petak perlumbaan, mereka cantik dan gambar akan lebih menyerlah di dalam kamera yang akan fokus kepada mereka.”

Agensi berita Russia, Interfax juga melaporkan Grand Prix Russia di Sochi pada September mungkin juga akan membabitkan gadis litar.

Foto Kredit: Pinterest