Masa depan penyerang Atletico Antoine Griezmann bakal ditentukan sebelum kejohanan Piala Dunia di Russia selepas presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu memberitahu pernah bertemu wakil bintang itu pada Oktober lalu.

Perkara ini diberitahu sendiri Griezman tatkala sebelum ini, Barcelona terpaksa menafikan mereka sudah mencapai persetujuan untuk menandatangani pemain Perancis itu pada Januari lalu.

“Sama seperti wakil-wakil lain, proses perbincangan kami adakan dengan wakilnya,” kata Bartomeu .

“Spekulasi sepatutnya tidak perlu dibangkitkan kerana perjumpaan kami tidak lebih daripada itu pada Oktober lalu.”

Dalam pada itu, Atletico djangka menentag Marseille di pentas final selepas Griezmann membantu pasukannya menjaringkan 30 gol dalam 51 perlawanan musim ini dan boleh menamatkan kempen dengan menjuarai Liga Europa.

Sebarang perjanjian dengan Barcelona akan menghangatkan spekulasi mengenai masa depan Ousmane Dembele yang mengharungi tempoh sukar pada penampilan sulungnya di Nou Camp.

Yuran perpindahan sebanyak 147 juta Euro (RM691.66 juta) menyaksikan Dembele menyertai Barca dari kelab Borussia Dortmund tahun lalu tetapi Bartomeu bertegas pemain itu tidak akan meninggalkan kelab itu pada musim panas ini.

“Ia tiada dalam perancangan,” kata Bartomeu.

” Kami jangkakan untuk Dembele bagi beberapa musim akan datang.”

Foto Kredit: USA Today