Tiga jaringan pada separuh masa pertama sudah cukup untuk menghukum Portugal 3-0 dalam perlawanan persahabatan di Geneva awal pagi tadi.

Tiga gol Belanda itu datang hasil jaringan Memphis Depay, Ryan Babel dan pemain pertahanan Liverpool, Virgil van Dijk. Kemenangan ini sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada jurulatih baru mereka iaitu Ronald Koeman yang baru ambil alih tugas pengendali Belanda.

Perlawanan persahabatan pertama ketika menentang Mesir, Portugal berjaya mencatat kemenangan 2-1 hasil jaringan Cristiano Ronaldo namun mereka gagal untuk meneruskan rentak kemenangan.

Dua perlawanan yang dilalui mereka setakat ini, nampak prestasi Portugal agak goyah dan ini sudah tentu bukan sesuatu yang baik untuk mereka apatah menjelang kejohanan terbesar dunia, Piala Dunia diadakan di Rusia yang semakin hampir.

Ketika Piala Dunia nanti, juara Eropah, Portugal diundi untuk berada dalam kumpula B bersama pemenang Piala Dunia 2010, Sepanyol, Maghribi dan Iran. Jika mereka meneruskan prestasi seperti ini, sudah tentu mereka akan hadapi sedikit kesukaran untuk melepasi peringkat kumpulan.

Foto Kredit : Football Portugal