Connect with:




“Kami bermain sebagai satu pasukan.” Itulah ungkapan jurulatih Portugal, Fernando Santos yang menyangkal buah mulut orang mengenai pasukan itu terlalu bergantung kepada Cristiano Ronaldo.

Dia turut menegaskan bahawa setiap pemain sentiasa berusaha keras dalam memainkan peranan mereka bagi melunaskan misi masing-masing menjelang pertemuan Kumpulan B menentang Iran, Selasa ini.

Santos turut menegaskan Portugal yang berkongsi empat mata bersama Sepanyol itu harus menang dalam pertembungan dengan pasukan dari Timur Tengah itu yang dimbimbing bekas jurulatih Portugal, Carlos Queiroz.

“Saya tidak risau dengan apa yang Queiroz tahu tentang Ronaldo dan saya percaya setiap pemain mempunyai peranan masing-masing.

“Saya tidak bermain tetapi pasukan saya bemain. Mereka bermain dengan bersungguh-sungguh. Kami tidak bergantung kepada Cristiano Ronaldo sahaja. Dia tidak turun seorang tetapi turun sebagai sebuah pasukan. Saya pasti, ianya adalah satu pasukan yang akan menetang Iran,”katanya.

Sementara itu, jaringan Ronaldo ketika menentang Maghribi meletakkannya sebagai penjaring utama di peringkat antarabangsa setakat ini.

Portugal hanya memerlukan keputusan seri bagi mengesahkan mereka ke pusingan kalah mati.

Santos bagaimanapun meramalkan satu pertemuan sengit di Saransk serta memuji Iran sebagai antara pasukan yang terbaik di Asia.

Foto Kredit: sports(dot)ndtv